Saturday, October 16, 2010

SEE YOU IN COURT!

~Aku akan ke court!!! My oh my!!! Takutnya!~


Ahh, abaikan! Semua ayat di atas hanya rekaan semata-mata. Bukan sebab kena saman or what so ever, tapi aku cuma membayangkan situasi ini bila aku buat pertama kalinya menggenggam title sebagai lawyer *bukan sekadar loyar buruk okay?*

Ada chambering? Apa itu chambering? Mungkin macam praktikal?? Aku tak tahu sebab cita-cita aku tak tercapai. Malaysia Bar? Pun tak buat research, tak mahu sebab pasti angan2 lebih tinggi nanti. Kalau orang tanya aku, "kau nak jadi apa?/cita2 kau apa?", aku cuma cakap asal boleh, editor la, penulis skrip la, bla bla dan blaaaaaa. Tapi jauh di sudut hati nurani aku, PEGUAM! Sedap kan bunyi nya?? =(

Sumpah, sampai sekarang aku masih lagi menanam cita-cita untuk menjadi lawyer. Jeles tengok kawan2 yang belajar Law. Apakan daya. Usaha aku selama beberapa tahun di sekolah menguasai subjek Sejarah berakhir macam tu je *sumpah, buku latihan lebih banyak subjek Sejarah daripada Addmath!*

Semuanya disebabkan English! Mungkin terlalu selesa dan over confident aku akan skor, jarang sekali drop English, paling busuk pun B3. Sebab subjek English jugak, aku menangis masa ambil result SPM, semua dah okay, semua rancangan untuk amek Law pasti akan dapat kalau English aku tak B4. Aku terduduk di tepi longkang, menangis. Bukan menangis sebab Addmath aku E8, tapi cita-cita aku musnah, aku tak ada harapan di situ. *mengikut kakak yang explain tentang qualification nak belajar Law, English aku mesti A!!!*

Masuk application UPU, aku tak letak asasi Law, aku letak Diploma Law, kalau tak silap kat UDM ada, tapi itu pun aku letak paling bawah sekali.

Oh, kalau aku dapat jadi lawyer, aku nak handle kes2 syariah, aku taknak kes2 berat sebab aku takut penjenayah. Aku cuma nak tolong orang2 yang bercerai-berai, nafkah tu semua, hak penjagaan anak.

Ada ciri-ciri lawyer berjaya tak??? --->>

Harapan la lepas ni kalau aku nak buat degree Law, gila bapak lama! Bila pulak aku nak kawen kan??? Lama betul! *gedik ayaq!*

Aku percaya ada hikmah, kenapa cita-cita aku yang satu tu tak kan tercapai. Bak kata lecturer kesayangan aku, "Cakap alhamdulillah when we do not have a chance to get what we desire for sebab Allah nak kurniakan sesuatu yang lebih baik" (Abdul Ghafar Ibrahim, 2010).

Aku percaya cakap ayah Agi. Yela, aku bukan boleh cakap depan orang ramai. Ketaq! Sekarang pun kalau buat presentation kat depan kelas, basah ketiak, suara ada vibrator *leh jadi penyanyi pasni*.

Bakal-bakal lawyer??? Erk, bukan, mungkin kami bakal penulis skrip??
*KAMI BUDAK PENULISAN SENI LAYAR!*

Tak apa lah, mungkin jodoh aku bukan peguam tapi mungkin one fine day aku akan bertemu seorang lawyer??? Bukankah itu sesuatu yang lebih baik??? Hahahahahhaha... Selamat lah Chenta tak ada blog, kalau takkkkkk...

P/S : Lagi setahun nak grad, insyaAllah...

Sekian dulu melankolik pagi.

12 comments:

senorita_alynne said...

wah! nk jd lawyer ye yana?
xpe lah. skrg kan byk kat private kolej!
dlu sis mmg giler dgn subjek acct
abis sume subjek calculus sis tibai!
now tgh gain experience b4 ke higher level.
Insya'Allah...
so, kalo ade minat tuh, why not start from now?
thehehehe

liyana aziz said...

@senorita_alynne

aiyak, private kolej?? mahal la.. x mampu ag.. heeeee... insyaAllah, doakan yana ye?? =)

xazryx said...

gud luck .

diah said...

tak apa la, kawin dulu pastu sambung la law kalau memang passionate sangat. :)) saya tergelak baca entry ni.

liyana aziz said...

@xazryx

tq yawww! =)

liyana aziz said...

@diah

diah, saya pun pk macam tu gak, ingat kawen dulu.. hahahahahhahaha.. bagus2, gelak utk kesihatan.. =)

si karut. said...

sem ini aku tak berkesempatan menjadi lawyer

liyana aziz said...

@si karut.

x pe, cbe lagi sem depan ye?? =p

Azizi Dain said...

haha..bukan lawyer la.kate pn lela, yana cam ahli politik.... (penat membohong)

liyana aziz said...

@Azizi Dain

apa?? ahli politik??? ske gak! hahahahah

Ery Farieha said...

semua tu ketentuan Allah kan.
insyaAllah ada yg terbaik utk yana ;)
just chill dgn apa yg dibelajar skrg.

liyana aziz said...

@Ery Farieha

tula, Dia lebih tau apa yang terbaik bt yana kan?? tq ery.. =)