Monday, August 29, 2011

EID MUBARAK | SALAM MERDEKA !


Salam semua.
Rasanya mesti ramai yang dah balik kampung. Entah berapa kerat je yang tinggal, sibuk BW, update raya and etc kan? Aku tengah free, aunties semua dah keluar, nak beli carpet la, bunga la, frame la, sangat malas nak ikut so duduk rumah update blog. 

Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu kan? Rasanya macam baru semalam start puasa. Ngidam makan itu ini. Esok mungkin dah raya, itupun kalau anak bulan menjelma la. Oh, ramadhan hampir melabuhkan tirai. Semoga amalan kita diterima, insyaAllah.

Hampir semua blog dah up entry raya, so aku tak nak jadi orang terakhir, niat nak update malam nanti tapi ter rajin pulak nak update sekarang. Hopefully tak terlambat untuk aku ucapkan Salam Lebaran buat semua kaum muslimin dan muslimat di Malaysia dan juga luar negara.


Tak lupa buat kawan² rumah kat Puncak Perdana yang kini masing² ada kat Sabah, Pahang, Ampang *Batu Caves*, Semenyih *Beranang*, Perak dan Meru *Melaka*. Maafkan segala silap dan salah Yana sepanjang kita bersama dari sem dua sampai sem terakhir ni. Yana sayang Elie, Nad, Mai, Mia, Ekin, GG & Iznie sangat². 

The complete one!
Last birthday celebration of mine with them, might be...
Buat rakan² sekelas, budak² 9BELAS (Penulisan Artistik, Part 5), yang hampir semua ada blog, ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terlanjur kata, terlebih perbuatan. Tahun ni tahun terakhir kita kan, insyaAllah. Hopefully masih ada ruang untuk kita berkumpul lagi, syawal tahun depan. Aimi, Alyssa, Arein, Abah, KC, Ammar, Ejam, AG, EZ, Paan, Iki, Shah, Diah, Manda, Aishah, Tini, Atin dan Elie! Jumpa korang lepas raya bersama presentation ok? ^^


Muka² innocent masa sem 1!
All together and yet it's going to be an end soon

By the way, di kesempatan ni, aku nak mengucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua readers LurfyLiyana. Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau selama ni ada entry yang menyinggung perasaan korang, secara langsung atau tak.  MAAF ZAHIR & BATIN.


OH, TERLUPA!!! 


SALAM MERDEKA BUAT MALAYSIA!
Semoga terus makmur & aman sentosa...
Terima kasih prajurit & wira² tanah air!
Proud to be Malaysian


Oh, terlupa lagi!

SELAMAT HARI LAHIR, ELIE!!!
~IN ADVANCE~
Semoga panjang umur, murah rezeki,
diberkati Allah & berjaya dunia akhirat...
Sayang Elie sangat²!

Off for few days to celebrate eid mubarak

Thursday, August 18, 2011

INI UNTUK KAMU . . .


Sesekali akan ada nota buat kamu... 

Menaip dalam keadaan mata yang bergenang, sesekali berlinang kat pipi yang semakin chubby ni. Sebak, sedih, rindu dan segala macam lagi. Sumpah aku rindu mereka terutamanya dia. 14/8, her birthday. Hampir lupa dan hanya tadi baru wish kat FB, PM dia dan dia hanya reply sepatah. It's ok, at least dia reply. 

T_______________T

Better than nothing, I must said

Membesar hampir 20 tahun bersama tapi dalam sekelip mata kemesraan yang dibina within this twenty years musnah hampir 103%. Tak ada yang tinggal bila diri kamu sangat beku, sebeku Lautan Artik. Tertanya-tanya sama ada kamu fikirkan orang tak, macam mana orang fikirkan kamu.

Semakin dekat Syawal, semakin rindu untuk bersama dia. Ya Allah. Keadaan yang sama aku pasti tak akan terulang tapi dengan penuh rendah diri dan kerdil, aku mohon supaya Kau bukakan hati dia untuk terima aku seperti dulu.

Yes, ini ramadhan kedua tanpa mereka dan dia. Sebelum ni, dalam bulan ramadhan, ada jugak entry buat mereka. Too bad aku hanya mampu menaip kat sini dan tak berpeluang beritahu semuanya pada mereka betapa aku rindu kehadiran mereka terutamanya dalam bulan ramadhan dan syawal ni.

Kalau dulu, buka puasa bergilir-gilir, hari ni kat rumah kamu, minggu depan kat rumah orang, tapi tahun ni, tak ada tu semua. Orang rindu nak tengok kamu dari atas once kamu sampai rumah, lambai² tangan kat balkoni dan secepat yang boleh pergi bukak pintu just to greet you ASAP. You wish lah, Yana!

Happy nak beraya tapi tak se'happy' saat mereka semua ada. Bertambah lah space dalam potrait family sebab tiada mereka. Because of others, we turned up to be like a strangers, seems there is a huge gap between us. Kita sekarang ada dalam dunia yang berbeza. Kamu dengan hidup kamu, dan orang dengan hidup orang. Orang rindu kehidupan kita! 

INI DULU
*satu²nya yang aku tak akan delete*

To be true, I'll be waiting for them, especially you, in the morning of eid. Looking forward to celebrate for at least once before it turn up to be my very last eid, as if I'm not destined to live much longer. I'm truly missed you, Mira. T____T
Ya Allah, bukakanlah hati mereka untuk kembali bersama kami
Amin Ya Rabbal Alamin

Tuesday, August 16, 2011

SANGAT PERLUKAN SOKONGAN ANDA !


Holla!
Nak mintak tolong semua boleh?
First of all, tengok video kat bawah ni ek.

Lesung Batu, isn't it great title?

Dah tengok? Ke belum tengok?
Tak baik hokeyh menipu di bulan yang mulia ni,
40 saat je pun, tak lama.

Let's straight to the point.
Actually ni video Public Service Announcement (PSA) yang kawan² aku join,
Percaya atau tak, depa shoot guna iPhone 4! Hebat kan?

Credits...
to TAPAI PRODUCTION

Kenapa Tapai Production? Itu kenalah tanya depa semua kan?
Ada tujuh orang yang terlibat untuk PSA ni.
Nak kenal dengan depa boleh klik link yang aku bagi.


                                         [DIRECTOR]                                      [PRODUCER]
                                   
                           [PRODUCTION MANAGER]                  [ART DIRECTOR]                         

                                 [STORYBOARD ARTIST]                      [EDITOR]


So to those yang ada YouTube account,
or yang dah ada gmail account, 
boleh straight away like video ni kat YouTube.

Yang tak ada pulak, pandai² lah sign up ek?
^_*

Sebanyak 40% likes penyumbang kepada kemenangan.
So this is it, sangat perlukan jari korang untuk tekan button like kat YouTube.

Tak susah pun kan?
Ala, yang hakak² reramai like video tutor shawls tu semua,
boleh lah ek rajin² kan diri like PSA ni pulak.
Bukan selalu ark, sekali ni je.
Jasa anda amat dihargai 105%!

Sunday, August 14, 2011

PENYEBAB MAHU BERHENTI BLOGGING...


TO DO LIST

Banyak isn't it? Too much to complete and too little time. Every semester keep repeating the same word, janji tak nak delay and some sort, tapi still lakukannya sampailah ke final semester ni. Yana yana... Boleh tak, nak bebel kat diri sendiri? Grrrrr!

Paling menyesakkan dada saat ni bila first draft short film script yang kena submit last week still tak mula lagi. Haiyoooo! Delay dan delay lagi kerana ianya harus di submit in English! Lecturer muda yang hot baik itu siap dah batalkan kelas last week, tapi langsung tak grab peluang yang dia bagi. Phewww, setengah hari free! Tapi yang aku buat ialah pergi PKNS, wash+blow rambut, jalan² cuci mata baju raya and etc! 

Yang kena submit after raya boleh handle lagi. Erk, boleh tak boleh sangat la sebabnya siapa yang nak buat assignments waktu raya? Sesumpah bukan aku! So by hook or by crook before raya everything must be settle down at first place, baru boleh huhahuha raya bersama family kat JB. Full stop!

Aigooo! Essay on feminism, pretty much like mini thesis. Banyak benda yang nak kena letak dari main topic to sub topic! Suppose last two weeks dah kena submit tapi delay lagi. Haish! Mula rasa semak masa taip entry ni! 

Hal² macam ni lah yang buatkan aku rasa nak stop blogging. Oit! Bukan stop yang takkan menaip langsung sampai bila², tapi stop sekejap untuk settle kan semua assignments. Gila kau nak stop terus, macam mana anak cucu nak tahu nenda depa ni super rajin update blog tapi hakikatnya liat untuk buat assignments?! Asyik ulang taknak buat kerja last minutes, tapi buat jugak! 

Moral of the day, tak payah lah berangan tak nak buat kerja last minutes, sebabnya nanti, bila esok kena submit, malam tu jugak siapkan. Mulalah tak cukup tidur, mata panda, dalam kelas tersengguk-sengguk. Heyp! Walau tersengguk-sengguk nampak buruk, tapi aku tetap tak tidur dalam kelas hokeyh! Tidur dalam kelas adalah perkara paling dijauhi kecuali terpaksa apabila mata garfield muncul.

Kalau zaman sekolah selalu bertangguh time nak exam, esok exam malam tu jugak buat revision, ni zaman umur puluhan still tak ubah kan? Siapa cakap manusia berubah? Ada certain part yang akan remain sama! Akulah tu! ^^

Lepas ni boleh campak broadband jauh². 
Erk, mungkin! 
Tata semua. 


Friday, August 12, 2011

NI BULAN PUASA LA BANG!


Sebenarnya lama dah nak update tentang hal ni tapi mood tu tak sampai². Hari Ahad lepas kan aku ada kat rumah Cik Yus, so pagi tu ikut mummy dia pergi pasar since petang tu nak buka ramai², banyak barang nak beli. Bukan aku sorang yang ikut tapi ada dua orang budak kecik anak angkat mummy dia, Farhan dengan Tieha.

So faham² la budak kan, mana puasa. Bila lapar, depa mintak air milo ais dengan roti canai. On the way balik kitaorang singgah satu kedai mamak dekat Andalas. Aku tunggu dalam kereta dengan budak² tu. Tapi yang tak sedap bila aku tengok satu senario yang memang keji masa bulan puasa. Sabar jelah!

Dah censored kan no kereta!
Thanks to JariJariAku yang alert.

Ok fine, mungkin ni first time aku tengok secara live walhal selama ni memang ramai je mereka yang Islam dicekup sebab tak puasa secara terang-terangan kan? Kalau senario kat pejabat pulak, yang perempuan makan kat dalam surau ye dak? Agak² la, senonoh sikit even kau ABC.

Tak baik la nak buat assumption yang tak elok tapi bayangkan, apa yang aku nampak sangat memalukan. Mula² aku tak nak la buat andaian bukan² tapi tiba satu pekerja ni, bawak nasi bungkus dengan air mineral. Hello, kalau nak buat buka pun, awal lagi kot, baru pukul 1 lebih. Heck!!!

Lepas dia nampak aku tengah pandang dia, dan² tutup tingkap yang tak berapa nak tinted, lepas tu dah termalu² sendiri. Siap pakai topi dengan spek mata hitam. Uit, bajet artis ye bang? Bila mummy masuk kereta, mummy cakap bukan dalam kereta je, yang terang-terangan pun ada dalam mamak stall. Geleng kepala di situ.

Bila kereta kitaorang nak gerak, lalu la tepi kereta besau kat atas ni, ingat dia sorang je buat drive-in rupanya sebelah kereta dia pun ada seorang lagi mahluk Allah yang beragama Islam tengah tunggu turn. Geleng lagi kepala.

Tak mampu pulak aku nak pergi lempang depa laju² so aku hanya mampu membisikkan kata² dalam hati. Selebihnya, biarlah Allah yang menimbang tara depa sekalian. Moral of the story, bulan puasa hanya setahun sekali, itupun kalau ada lagi ramadhan buat korang, kalau ianya ramadhan yang terakhir, satu kerugian besar kat situ. Wallahualam.

Wednesday, August 10, 2011

Monday, August 8, 2011

BILA BROADBAND KENA POTONG...


To: 0131234567
Daddy, broadband dah kena potong, boleh tolong bayarkan dulu tak? Nanti Ana ganti balik, tapi RM 50 jela ek... ^^

From: 0131234567
Ok, bagi nombor akaun broadband.

Fewwww! Thanks daddy, thank ayah, thanks papa, thanks walid, thanks abi, thanks abah, thanks appa, thanks a lot! ^_^

Bermesej dengan daddy bila broadband kena potong. Itulah kita sekalian, selagi kredit tak habis, broadband tak kena potong, selagi tu tak mesej parent kan? Bhahahahhaha. Aku la salah seorangnya. Cuma sekarang aku kerap call sebab tanya mereka buka apa, saja nak menjeleskan diri sendiri yang asyik beli roti john! 

Gila tak gila? So far aku suka switch panggilan buat ayah. Ayah tak banyak cakap, kadang² aku tau dia bermonolog dalam hati kalau aku panggil dia daddy, kadang² agak lucu bila ayah menyahut! Sengaja nak mengade². Itu cara aku nak dapatkan perhatian ayah. Kalau mama, aku suka panggil motherrr! Hukhukhuk.

Daddy & Motherr!
I knew that I'm the stubborn among all, 
but the truth is, I'm the comel of all!

By the way, broadband dah kena potong, la ni update through Iznie punya lappy. 4 hari di rumah Cik Yus, aku tak ada masa nak update blog, BW blog kamu semua sampai lah line kena potong. Sampaikan reading list kat google reader ada lebih kurang tiga ratus blog list yang aku tak jenguk. Tunggu yeeee!

Rindukan susana rumah,
rumah sendiri & rumah si dia!
Bhahahhaha

Saturday, August 6, 2011

ANGIN TOLONG HEMBUSKAN UDARA JOHOR BHARU!!!


Amacam? Dah puasa ke-6! Pantas masa berlalu ek? Since setiap Khamis dan Jumaat tak ada kelas, wajib balik rumah kalau tak ada apa² aktiviti kat kolej, kalau ada pun meronta-ronta nak balik! Muahahahahha. Unfortunately, untuk minggu ni, hanya sehari saja sempat berbuka dengan family. T_T

Last weeks, mama ada call cakap nak balik JB. Ergggghhh! Orang nak ikut! Bayangkan kalau balik JB, for sure aku dapat makan segala macam yang jarang² nak jumpa di Kota Shah Alam. Cehhh, feeling ala² Kota London. Tapi... Mereka mahu balik hari Isnin, what about me then? Tension!!!

Al-maklumlah, bila dah jarang balik JB, mestilah dimanja-manjakan oleh Tok Papa dan Tok Mami. Sumpah penuh meja kalau kami semua balik. Erk, harus sampai penuh perut makan! Sampai termengah-mengah. Kalau tak habis, bangun ramai², ha melantaklah puas².

COURTESY OF AMRAFAHAN

Maaf maaf maaf! Bukan nak kurangkan pahala korang bila tengok gambar ni di bulan yang mulia ni. Ha, yang kat atas ni namanya kacang pool! Perghhh! Kalau hari biasa, makan buat  sarapan pagi tapi dah kalau bulan puasa, gila apa nak buat sarapan pagi? 

Part of kacang pool, selalu aku ternanti-nanti nak berbuka dengan nasi ambeng!!! 

TAKEN FROM HERE

Eleh, ngade² je ni nak makan nasi ambeng Johor, padahal merata je kat Shah Alam ni ada. Feel dia lain sikit kalau makan dkat JB, entahlah, tak tau kenapa. Part nasi ambeng ni, kalau certain orang boleh makan dengan dua orang, aku boleh habiskan sorang. Lalalala


Ini lagi satu! Grrr! Tak sama kat Shah Alam dengan JB punya! Kat JB banyak branch mutabak Singapore ni, salah satunya kat Larkin, dekat rumah tok aku. Selalunya daging yang ditabur lagi banyak dan trust me, sangat lembut. Buka puasa hari tu ayah ada beli tapi tak sama, tak sama! Keras!!!

So far tiga jela makanan yang reminds me of JB. Huwaaarghh! Aku nak ikut! Tapi tak apa, buka dengan tersayang pun ok apa. Hekhekhek. Currently aku dekat rumah Cik Yus, tolong mami dia niaga kat bazar. Tapi tak spend time pun dengan dia, since dia kerja kan. Limited betul!

Next week, balik Penang, kampung ayah.
Baru fair and square!

Thursday, August 4, 2011

PERGINYA LIANA AFIERA MALIK | TAK MUNGKIN ADA SAMBUNGAN KOLEKSI NOVEL YOYO


Thanks Fieza sebab inform

Speechless, satu perkataan pun tak terkeluar bila aku tahu yang penulis koleksi novel YOYO telah kembali kepada Pencipta. Sebak, sedih, semua ada, tapi kematian itu satu perjanjian antara kita dan Dia. Innalillah. Semoga roh Liana Afiera Malik tenang disisiNya.

Dulu, aku pernah buat entry pasal koleksi novel YOYO yang aku suka, bukan suka sikit². Penulisan yang bersahaja. Aku percaya semua novel arwah sangat meninggalkan kesan based on feed back yang aku dapat. Penulis hebat! 

 Tak sah kalau tak ada keyword tentang koleksi novel YOYO
(Nuffnang)

All time stat, top two!
(Blogger Stat)

Aku percaya semua penggemar novel penulis Liana Afiera Malik rasa kehilangan. Walaupun tak semua novel arwah aku beli, aku rasa setiap penulisan arwah punya tarikan sendiri. Lepas ni aku akan cuba cari novel² hit arwah. Entah dapat atau tak, belakang kira. 

Antara koleksi novel arwah

As a budak artistic writing, aku rasa setiap penulis ada keistimewaan tersendiri dan aku cemburu dengan penulisan arwah. Sumpah bila dah final year, aku rasa sangat loser, kenapa karya aku tak sehebat karya² penulis yang lain. Damn di situ tapi apa ada hal, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, aku akan cari part aku.

Buat Bunda Anie, nota Bunda tentang arwah sangat menyentuh hati. Takziah atas kehilangan arwah. Walaupun kenyataannya identiti arwah samar², siapa dia, umur berapa, aku tetap rasa kehilangan. Aku suka baca koleksi novel YOYO, aku membesar dengan novel² tu, tapi lepas ni tak mungkin ada sambungannya lagi...  T_T

Arwah sakit apa, tak pula aku tahu, tapi walau apa pun, semoga Allah SWT cucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkan arwah dalam kalangan orang yang soleh. Semoga arwah Liana Afiera Malik tenang di alam sana. Amin.

Al-Fatihah 

Wednesday, August 3, 2011

Tuesday, August 2, 2011

QUICK UPDATE!


Update laju² tahap to the max!

Hari ni hari kedua puasa!
Alhamdulillah...
Setakat ni, roti john, putu mayam, laksam & puding caramel!
Burppp!

Tak boleh nak blogwalking! Assignments menimbun! 
Tunggu aku free, sumpah BW sampai lebam...

Salam Ramadhan semua!

Nampak tak banyak tanda seru?
Nervous! Last hantar assignment Hakak Jumi  esok!

Monday, August 1, 2011

SEGMEN : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU



Ini mungkin segmen yang kedua aku join, entah, tak ingat. Tapi dari hari tu aku teringin nak join. Entah valid atau tak since tarikh last adalah hari ini, first of August, first day puasa. Pertama kali aku baca tajuk segmen ni, sumpah sayu. Sekali lagi entah! Tak tahu kenapa. Kalaulah ianya benar ramadhan terakhir...

Sempena bulan mulia, tak ada langsung yang terlintas dalam hati aku segala perancangan. Kalau dulu masa kecik² apalah sangat dengan bulan puasa ni, yang aku tahu selalu puasa sekerat hari. Tak pun, sibuk ajak mama carik baju raya, macam tak menyempat. Tapi tu semua dulu. Tahun ni, macam ada sesuatu yang lain. 

Untuk ramadhan yang mungkin terakhir kali ni, aku teringin nak habis baca terjemahan al-Quran yang aku beli dan simpan dah dekat sebulan lebih. Sumpah rasa kosong hidup ni. Macam banyak benda yang aku tak tahu lagi. So mengambil keberkatan bulan mulia ni yang mungkin ramadhan terakhir, aku cuba nak habiskan baca terjemahan al-Quran.

Selain habiskan baca terjemahan al-Quran, haruslah penuhkan hati dan aktiviti yang dekatkan aku dengan Dia since aku mungkin akan mengadap Dia dalam bulan mulia ni. Yela, walau lima hari tak tinggal pun, belum tentu ibadat kita diterimaNya. Belum ditolak dengan dosa buat ketupat, dosa tutup aurat tak sempurna, dosa zina mata, zina hati, zina pendengaran dan segala zina. Sangat tak terkira dosa berbandinga pahala.

Paling penting, teringin sangat nak penuhkan solat terawih tapi perempuan kan... Malam lailatul qadar? Aku tahu aku tak mampu nak dapatkannya. Siapa aku, aku tahu diri aku dan tak mungkin aku. Tapi kuasa Allah, siapa yang mampu lawan. Harapan itu sentiasa ada.

Last but not least, kalau boleh, nak buka tiap² hari sama² dengan mama, ayah, abang dan akak. Nak rasa masakan mama yang tak mungkin aku rasa lepas ni. Belum puas rasanya rasa masakan mama. Kalaulah boleh buka tiap² hari dengan depa...

Perubahan yang aku ingin di penghujung Ramadhan pulak, mungkin dapat turunkan sikit berat badan. Al maklumlah, badan makin membesar, nak buat apa² pun termengah². Kalau boleh, biarlah sihat tubuh badan ni masa dikapankan, lagi² nak mengadap Dia. Datang dengan sempurna, harus pulang juga dengan sempurna. Selain tu, perubahan yang paling penting ialah kehilangan titik hitam dalam hati. Semoga Allah menerima ibadatku yang ketiga ni dan jugak menerima segala amalan dan ibadat aku yang lainnya.

Salam Ramadhan
Tambah sayu taip entry ni sambil dengar lagu,
Harapan Ramadhan