Tuesday, May 10, 2011

I'M BACK WITH EVERLASTING LOVE!


# Hello there

Dah hampir seminggu aku tak update blog kan? Maklumlah, busy dengan program kat Puncak Perdana. Niat hati nak update hari Sabtu tapi pergi berjimba di JJ Sunway, hari Ahad pulak, baru nak update, broadband kena potong! Grrrr! Bikin panasss je!

Bawak buduk gumuk ni pergi tengok Rio kat JJ Sunway Pyramid,
dah macam anak beranak kan? Aku gumuk kuasa ² ! 

Happy Belated Mom's Day!

It's ok, after all date is just a number kan? Dengar kata, Mother's Day setiap hari ahad minggu pertama May, sumpah aku baru tau. Dengar kata jugak Mother's Day perayaan apa benda entah, haremm katanya dan ada yang cakap it's ok, bla bla bla. Pada aku, tiap² hari pun boleh hari ibu, apa ada hal, yang penting nawaitu.

Dear Rohami Hamzah;

Ana tau mama tak kan baca pun blog Ana, mama cuma tahu Ana kadang² update blog. Nak wish banyak² pun apalah sangat kan. Esok² Ana ada tersakitkan hati mama, terlukakan hati mama. Tapi mama jangan risau, selagi Ana bernafas, selagi tu mama adalah mama Ana dan kalau esok² mama dah tak berdaya nak masak, basuh baju, kemas rumah dan buat hal² lain, InsyaAllah, Ana akan tolong mama *Ana adalah anak mama yang pemalas, kan ma?*. Sekarang ni pun Ana baru cuba² cakap I LOVE YOU tiap kali call atau mesej, lepas tu kadang² Ana cium kedua-dua pipi mama bila mama hantar Ana kat Puncak Perdana. Mama tahu tak kenapa, sebab Ana takut Ana tak sempat nak buat semua tu bila tiba waktunya nanti, tak kisahlah sama ada Ana dulu yang pergi atau mama dijemput *kalau boleh biarlah Ana dulu yang tutup mata sebelum mama*

Alangkah baik kalau aku dapat beritahu mama segala apa yang aku tulis kat atas ni. Supaya mama tahu, aku sayangkan dia lebih dari apa yang dia tahu. Sekarang ni pun aku in process nak manja² dengan mama secara terang-terangan.

Trust me, boyfie boleh di'replace' bila dia buat jahat,
tapi mom, no one can ever be like them,
seburuk mana mereka, mereka yang lahirkan kita kan

Buat korang semua yang tengah baca termasuk diri aku sendiri, selagi nyawa ibu, mak, umi, mama, mami korang semua masih ada, cuba yang terbaik untuk rapatkan biarpun dah memang rapat, rapatkan apa yang jarak, sebabnya, tak rugi pun, esok² mungkin kita akan berada di tempat yang sama dengan mereka.

Oh, hadiah buat mama, tak ada yang istimewa, cuma sehelai sijil penghargaan buat mama. Itupun cuma gambar, aku snap satu kad yang unik kat JJ Sunway Pyramid. Tapi dah tunjuk pada mama dan mama hanya tersenyum. Kehkehkeh

Sweet kan? Nanti aku cuba buat sendiri

Ehemmm, 8hb Mei bukan saja Mother's Day, tapi kan, birthday Encik Kupu² aku. Eh, kenapa kupu²? Adalah, rahsia! Next entry, mungkin tentang Encik Kupu² aku tapi MUNGKIN, repeat after me hokeyh. Banyak jugak cerita tentang dia, sebabnya dalam seminggu lepas, banyak spend time dengan dia. (*_^)

# Till then 


20 comments:

Ora_Adzlin said...

oh so sweet !!!! kim salam mama yer yana :) tetiba cam rindu plak ..:)
bdw nice decorated rumah !

Liyana Aziz said...

@Ora_Adzlin
insyaAllah, nanti Ana kim salam mama... datanglah rumah jumpa mama.. heeeeeeeee... thanks, mama punya kerja jugak decorate rumah.. =)

Emilia Emira said...

yess boyfie boleh dganti but mama never we can!happy mother's day to your mom too...;)

Khuzrin Kamarudin said...

kem salam sama mama kamu... :)

Amanda said...

Encik Kupu²!! nak tahu!

*geram betul dgn pensil yana ni lah

~ NANA ~ said...

krm slm kat mama yana...

btw comel la pic yana tu...hihi

Liyana Aziz said...

@Emilia Emira
thanks! hehehehhe

Liyana Aziz said...

@Khuzrin Kamarudin
insyaAllah... =)

Liyana Aziz said...

@Amanda
nanti yana btau kak manda ok! hahahahaha...

kalau geram, amek la... hahahahha

Liyana Aziz said...

@~ NANA ~
insyaAllah... thanks kak nana... =)

wahida idris said...

nice entry :)

eh, comel la sijil tu. buat sendiri ke? hee

alololo, tomey nye panggil encik kupu2, siapakah gerangannye tu? hee

Arief Arf said...

everyday is mothers day!
X)

kata kila said...

hello auntie cantik :P

Liyana Aziz said...

@wahida idris
thanks... x la, snap kat JJ je.. =)
encik kupu2 adalah teng teng teng......

Liyana Aziz said...

@Arief Arf
strongly agreed! X)

Liyana Aziz said...

@kata kila
auchhh, i ke my mum?

.izzati liyana. said...

puncak perdana? study situ kah?

Liyana Aziz said...

@.izzati liyana.
yup2, study kat sana... hehehehhe

.izzati liyana. said...

course? part?

Liyana Aziz said...

@.izzati liyana.
penulisan artistik part 4 nak masuk part 5... =)