Thursday, May 19, 2011

TAKDIR DAN HAKIKAT


Manusia tak boleh menolak takdir dan hakikat yang dah ditetapkan. Cuma bersyukur dan berserah kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk semua mahkluk ciptaanNya. 

Everything has been set for us
and there are no other way people can resist them

* Ada beberapa point entry kali ni, regarding quote kat atas ni

FIRST

Past few days, dah boleh cek nombor rumah kat kolej. Aku cuma boleh harap supaya diturunkan satu tingkat tapi hampeh, dinaikkan lagi sebanyak 2 tingkat which is kalau semester lepas tingkat tiga, la ni aku kena panjat naik tingkat lima. Grrrrrrrrrrrrrrrrr!

4B? Dengar kata tangga ni tangga yang keras?
Haruslah keras, dibuat daripada simen atenya

Ok, final semester, dekat² bulan puasa dan apa lagi? Tertinggal barang nak balik ambil? Harapan la! Weh, siapa nak tolong aku mengangkut barang 29 Mei ni? Tak apalah, nak buat macam mana kan? Tak baik mengeluh, syukur alhamdulillah masih diberi peluang duduk kolej, kalau kena sewa lagi parah. 

SECOND


Aku rasa ramai dah update tentang owner blog header kat atas ni. Terkesima, terkejut dan segala macam bila baca apa yang Ayeem post kat wall FB owner tu. Semoga aman and sort of. Dengan lajunya aku klik dan terpampang banyak ucapan takziah. Oh, kau dah kembali kepadaNya. 

(T_______________T)

Tak sangka. Semoga roh kau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Salam takziah pada keluarga owner blog TELORDIBASUH. Tak ada lagi Telor kat shoutbox aku. Betul cakap Farid, kau hebat kat mana² je, even kakak aku yang bukan blogger pun baca blog kau, segala lawak kau, gila² kau. Aku sure semua orang akan rindukan kau. Semoga kau tenang dan aman di sisiNya.

THIRD

Tadi bermesej-mesej dengan Elie. Busy dia sekarang, mesej dua hari lepas, hari ni baru dia reply. Katanya tak sihat, suara hilang dan demam. Makcik, tahulah awak orang penting, jaga diri sendiri dulu boleh? Tahu lah Biro Makanan, jangan diri sendiri tak termakan ok??? Marah ni, marah tahu? Nampak tak?

Get well soon, makcik!

Oh, kita satu bilik lagi. Ni final semester *ye ye je, kejap lagi ada paper yang kantoi, haremm final semester*. Lepas ni dah tak ada roomate yang garang, dah tak ada bibir mungil yang pedas, dah tak ada pipi boolat yang kena cubit. (T_T)

EMPAT

Bluweks! Dah tak ada point ke-4. 

# Tata