Friday, July 15, 2011

ADA APA DENGAN ARTISTIC WRITING? HEBAT HOKEYH!


*entry paling panjang abad ni

Aku pilih Artistic Writing kerana aku tahu aku boleh menulis, kerana aku yakin yang selama ni, cerpen yang aku buat, novel yang tak pernah siap mungkin boleh di publish satu hari nanti. Jadi, masa nak isi UPU tu, aku redha bila letak Artistic Writing ni as first choice. Aku tak ada pilihan lain sebab bila nak letak law, BI aku tak cukup. Redha lagi kat situ.

So bila terima tawaran ni, aku lega. First kerana dekat dengan rumah, Shah Alam to Puncak Perdana, cuma 15 ke 30 minit, second sebab cousin aku pun belajar kat situ dan dialah yang suggest kan aku ambil penulisan. By hook or by crook, aku bangga kerana bergelar pelajar Artistic Writing even though agak halimunan dalam fakulti. Tu next time aku cerita.


But first, thanks to Hana sebab request post tentang Artistic Writing ni. Tak semua orang appreciate penulisan yang sebenar. Ini kenyataan. No offense. Aku akan cuba explain sebaik mungkin. So Hana, this is it, hope tak menghampakan ok? Kalau ada apa² yang tak clear, boleh tanya. ^_^

Basically, jangan anggap Artistic Writing ni hanya menulis satu cerpen, satu novel atau sajak dan puisi. Subjek ni beyond our expectation. Aku pun dulu² ingat hanya tulis cerpen puisi sajak tapi ianya lebih luas lagi! Senang kata, subjek ni ada basic skills bagi yang sangat minat menulis skrip. Tak kisah skrip drama TV, skrip iklan TV, skrip short film & skrip layar perak *screenplay*, skrip drama radio dan juga skrip drama pentas *stageplay*.

Most of the time, student penulisan akan spend time depan lappy like 24/7, so bersedialah. Kita bukan di zaman dulu² yang guna tangan dan jari untuk tulis skrip, so jangan risau, tangan takkan kejang punya. Sekarang lebih mudah bila ada software untuk tulis skrip, CELTIX. Actually banyak je software untuk buat skrip tapi aku guna CELTIX. 

Masa sem satu dulu, aku pernah tulis cerpen, skrip drama hasil diadaptasi daripada puisi² terkenal dan juga skrip TV kalau tak silap. So far untuk skrip TV, kena lukis² sikit, kira macam storyboard la. Pun boleh guna software. 

Masuk sem dua, lebih luas bila ada kelas Skrip Teater Tradisional. Depends on lecturer la, nak bagi skrip teater bangsawan ke, teater makyong ke, teater manora ke sebab teater ni banyak jenis. My favorite class after all. Compared to screenwriting, I preferred stageplay. Mungkin sebab masa tu kena buat skrip untuk teater bangsawan, so no worries. 

Alfred Hitchcock
Well-known Movies: Psycho, Notorious, The Birds, Rear Windows

Masuk sem tiga, ada subjek Genre. Lupa dah nama penuh subjek tu tapi dia belajar tentang genre filem yang ada. So masa tu keluar la nama Alfred Hitchcock, Orson Welles, Abel Gance, Fritz Lang dan banyak lagi. Dalam subjek ni, banyak info tentang era perfileman. Expressionism, Neorealism, Surrealism dan New Wave adalah contoh movements in cinema. Kalau nak lebih details boleh google tentang movements in cinema. Kalau genre pulak, ada bawahnya lagi macam sub genre. Banyak sangat so kena pandai cari info. [link genre and etc]

Sem 4! Baru je berlalu. Alhamdulillah. Selesai dengan jayanya even though banyak halangan aku rasa, puas menangis, puas memikir. Worth it after all. Untuk subjek keduanya, aku kena buat skrip teater bangsawan, means lagi details yang aku belajar dari masa sem 2. Sebab masa sem 2 tu, hanya menulis skrip untuk teater tradisonal. Basic knowledge la orang kata. Lagi best bila kena tengok teater kat DBKL. 

Hari Duka Cita
*lupa lirik yang dicipta sendiri!*

Tapi sem 4 jugak perlu struggle. Ada subjek Poetry & Lyric writing. Ha, a part or script, ada jugak lyric writing. Ni yang buat aku menangis. Lirik tunggang langgang, masa perform lupa lirik! Grrr! Subjek ni kena buat biografi penulis lirik, well-known lyricist, aku pilih Habsah Hassan! Even markah untuk performance tak berapa nak canggih, aku berjaya jugak! Yeay for me!

Oh, subjek yang aku tak expect dapat A, akhirnya A jugak. Pergh, English harus berpasir, bukan aku! Great Literature. Belajar tentang apa itu great literature. Masa tu akan jumpa buku² seperti The Little Prince, Othello, Animal Farm, The Chairs and etc. Banyak kot! Presentation in English. Double Grrrrrr!!!

Last but not least, sem 5! Sem terakhir, lepas ni dah boleh kahwin grad, insyaAllah. Sem 5 ni, ada belajar subjek Short Film Script. Hmmm, dah submit treatment hari tu. Treatment tu fyi ialah salah satu cara kita nak jual idea *pecahan lebih kecil daripada sinopsis*, sama ada di approve atau tak. Kalau di approve bila orang penting baca, maknanya dah boleh buat skrip. Kelas ni paling best bagi aku sem ni, sebabnya lecturer handsome muda, banyak tengok short film antaranya Hujan Panas & Sub Rosa by Nadiah Hamzah, Fly Moon To The Moon by Fikri Jermadi *he's the good looking guy who handle the Short Film subject*, Like Toy Dolls by Yihwen Chen and many more especially short film from oversea. 

So Hana, this is it, panjang kan? Actually banyak lagi subjek tapi cukup sekadar ni dulu. Kejap lagi pengsan nak baca, nak cerita sampai dua entry tak habis. By the way, tentang final exam, ada certain paper yang tak masuk final, so beware, assignments yang dihantar kena gempak kalau nak score. ^_^

Hopefully Hana puas hati ek? Kalau ada apa² soalan boleh tanya je straight away. Kalau readers yang berjaya baca sampai bawah ni nak tanya apa² pun boleh jugak. Tahniah la sebab berjaya baca entry aku yang paling panjang ni setakat ni. 

Till then. Salam

20 comments:

Iki Ali said...

pawe. haha.

Kupi Sajuk said...

tahniah artistic writing :D
kasi sengat lagi. haha

wawahida idris said...

wahh. sounds like mcm susah gilerrrrr.


sy tak minat writting . ^^

Liyana Aziz said...

@I.A.
hahahahah... agak la kan ^^

Liyana Aziz said...

@Akemi Siegel
tahniah akemi juga... hebat kot! ehehhehehehe

Liyana Aziz said...

@wahida idris
hahahahahah.. x susah mana kalau minat... heheheehe

Aida Azryn said...

teringin nak main gitar. huhu. ;P

littledolphin said...

menarik! i like this post :D thank you so much! so artistic writing ni learn writing skills in both english and malay lah? awesome! dulu sy ingat belajar kemahiran menulis dalam bm je.hehehe.sekarang dah dapat gambaran lebih baik . thanks :)

Elie Lily said...

sem 4 adalah sem terbaik elie! :)

thslly said...

Heeeeeeee ! Haritu nak tanya benda ni la . Tapi dah dapat kos lain dah. Takpalah =]

Anonymous said...

mostly sbnr ye mungkin nasib kite same. ramai yg ingat bile kite belajar dlm fakulti sastera dan sains sosial (UM), bile dah graduate akan jadi cikgu. atau sasterawan. paling komen pon sejarahwan negara. ape yg org tak taw fakulti tmpt gee belajar menawarkan mcm2 seperti pgajian media, antropologi, sosiologi, psikologi, geografi, sejarah, asia tenggara dll. ade kawan gee memilih profesion seorg wartawan bile dah graduate dari fac sastera.

ramai yg memandang arts itu mcm kerja2 yg ringan, sedangkan perkara yg sebenar berselindung di sebaliknya..

Liyana Aziz said...

@Aida Azryn
try la, kasi pecah itu jari... heheheheheh

Liyana Aziz said...

@hana sudradjat
yes! learn in both languages... BM and BI... this sem will be even tough sebab short film script in English... heheheheheh

Liyana Aziz said...

@Elie Lily
untung la lagu sedap.. heheheheh... meningkat kan??? alhamdulillah... =)

Liyana Aziz said...

@Lily Suhaili
rezeki tu... x kisah dapat course apa pun yang penting dapat belajar kan... hehehehehhe

Liyana Aziz said...

@She's Gee
betul! pandang rendah je kan, kekadang memang org x nampak pun dalam fakulti...

mereka x tahu menilai

Urzain Hussain said...

cam terer jewp men guitar..huhu..(^^)

Amoi said...

err. u amik apa dear kat u?

~ NANA ~ said...

awesome yana! kelasss gitu :)

ekceli kak nana pon baru tahu psl ni dr yana...kekeke

btw gud luck okey! :)

Aimi Rosli said...

amboi, kempen.