Tuesday, May 31, 2011

BUDAK PENULISAN SENI LAYAR KATANYA . . .


# Baru rasa rajin

Yela, dah dua tiga hari aku balik kolej semula, baru hari ni aku bukak lappy sendiri. Kalau tak asyik pinjam Mysara je, online pun pinjam bb dia, bukan blackberry tapi broadband sebab aku tersangatlah pemalas nak keluar kan beg lappy dari dalam loker! Loser sangat!


Fine! Dua hari kuliah, lecturer dah siap sedia bagi hint nak suruh buat skrip! Heyp! Haruslah skrip kan? Kata budak penulisan seni layar, penulisan artistik, harus sangat bergelumang dengan dunia skrip, berasmara dengan lappy! 

Task pertama!
Stageplay Script
Create satu sinopsis untuk buat sebuah skrip berunsur
memartabatkan golongan janda.

Fuh! Bukan senang nak buat sinopsis yang mengangkat martabat seorang janda. Yela, kita tipikal Melayu yang selagi boleh, nak jadi judges tak bertauliah yang sibuk nak judging perihal orang lain. Dari segi pengamatan aku, judges² dari kalangan makcik² yang takut laki² mereka dekat dengan janda tu. Lepas tu mulalah nak buat fitnah. Astagfirullah.

So macam mana? Korang ada idea tak? Meh la share dengan aku. Sharing is caring!

Task kedua!
Short Fim Script
Yang ini lebih mudah! Sangat simple. Durasi tak lebih daripada sejam.

Ha, yang ni aku dah ada idea sebenarnya. Tinggal cuma nak pitching idea dan betulkan here and there after pitching nanti. Ceittt! Bajet lecturer muda yang lagi handsome tu nak terima idea aku kan. Hopefully nanti tak ada la dia cakap idea aku cliche sebab aku bukan seorang scriptwriter yang berfikiran luar kotak.

Selama bergelar pelajar penulisan seni layar, aku rasa perlu selalu jadi pemerhati. Jadi macam A. Samad Said yang ke hulur ke hilir menjana fikiran dan dapat explore satu benda iaitu, mengkaji siapa manusia itu yang sebenarnya dan apply benda tu dalam penulisan dia. Hebat  kan? 

# Berbangga jadi budak penulisan seni layar!
*walau tak ramai tahu wujudnya fakulti aku dalam UiTM*

Saturday, May 28, 2011

MALAM TERAKHIR AKU & LEPAS NI . . .


# Quick Update

Betul, malam ni malam terakhir aku. 
Malam terakhir aku ditemani tilam empuk. 
*Bantal busuk, bantal wangi semua berangkut esok*

Baju tak packing lagi, sarung bantal busuk tak basuh lagi.
Tapi toiletries & makanan yang dah siap sedia dalam bonet kereta, 
tak bawak keluar pun after shopping, MALAS!

Lepas ni dah tak ada MasterChef Australia, lepas ni dah tak ada DC Cupcakes.
Lepas ni dah tak ada Cinta Melody, lepas ni dah tak ada Marimar.
Lepas ni dah tak ada makanan yang sedap².
Lepas ni tak ada masakan mama yang menggemokkan aku.

Lepas ni dah tak ada line yang laju.
Lepas ni dah kurang blogging, lepas ni dah kurang reblogging.
Lepas ni dah jarang update, lepas ni dah jarang BW.

Grrrrrrrr!

Flying kiss untuk korang, rindu aku banyak² ok!

Hey, Puncak Perdana! Esok, aku datang!

After all, it's my final year! InsyaAllah. Pray for me hokeyh.


# Tiap² minggu aku mesti balik rumah, apa ada hal.
*mintak² tak ada meeting Sabtu & Ahad!*

Friday, May 27, 2011

CERITA TENTANG KEMBAR


# Short entry

Orang cakap kalau dapat makan makanan yang melekat dua tiga, nanti dapat anak kembar? Apa² pun don't get wrong people, jodoh ajal dan maut serta rezeki itu datangnya dari Allah SWT, kalau nak anak kembar bagai, boleh usaha dan berdoa, insyaAllah.

Aren't they so cute? 

Asal berbicara pasal kembar ni? Entahlah, to be frank aku suka tengok baby kembar. Macam mana lah agaknya perasaan mereka yang dapat baby kembar kan? The latest, aku suka baca tweet or update dari Sazzy Falak

Ada sorang blogger, salah seorang abah kembar tiga, AMRAFAHAN. Kalau rasa suka baca tentang kembar, boleh serbu blognya ok. Kat blog AMRAFAHAN jugak ada blog list mama² yang punya anak kembar. 

# Takziah buat keluarga Kak Alina,
baby kedua daripada kembar tiga kakaknya, Eideena telah dijemput Ilahi.

Thursday, May 26, 2011

GIVEAWAY BELOG NEMOMIMOSH


# Giveaway

Huish, sudah lama tak join Giveaway.
Kali ni di tag oleh akak cantik, Akak Leb², thanks ek.

Nak hadiah best² tak? 
Cepat klik banner kat atas ni

Aida Azryn

Okeyh gadis², kita tag awak² untuk join sekaki.

Hadiah sangat best sebab boleh pilih sendiri,
tapi kena cepat ek, sebab 31 Mei last!
Ada syarat, klik banner kat atas.

(^_*)

Wednesday, May 25, 2011

YIPPEE! BOLEH TARIK NAFAS LEGA DALAM²


# Alhamdulillah

Malam semalam dah nak tidur tapi sebab tak puas hati, bangun dan online, on FB on blogspot. On portal, oh, peliknya! Macam mana nak cek result? Dan kenapa tak sesak? Sumpah aku lupa nak cek result macam mana. Last sekali, terima kasih Aimi sebab suruh cek emel. Tak payah susah² tunggu line yang lembab lagi

Oh, it's unexpected! It's beyond my predictable. Asal lulus, itu sudah cukup buat aku, sumpah aku tak nak drop. After all, aku harus admit, usaha aku tak mencerminkan result yang aku terima dan sampai sekarang, aku rasa, aku tengah bermimpi. Buat kedua kalinya dan aku bersyukur padaNya. 

Meh aku, nak cerita, kenapa aku rasa aku tak cukup layak untuk terima result yang macam tu. Aku tahu apa yang aku usahakan sepanjang semester 4. Banyak sangat cabaran yang aku rasa hampir buat aku give up, menangis, carutan, makian semua keluar. 

Paling aku risau, subjek Entrepreneurship. Business plan and sort of, cukup buat aku tidur lambat. Di sebabkan aku pegang Operational Management part, aku harus cepat, kalau tak, tak gerak kerja ahli kumpulan yang lain. Cukup buat aku rasa bersalah. 

Part of that, subjek seorang lecturer yang banyak aku belajar dari dia, dari semester 1 sampailah nak habis study *next sem jumpa dia lagi*, masih menuntut dari dia, Ayah Agi. Subjek Poetry & Lyric Writing, ada satu lagu yang aku kena create, then final assessment aku kena present kat depan kelas. Sajak pun ada. Grrr!

Assessment Day, spot me!
Picture: Aimi Amira

Double grrrrrrrrrr bila hari present tu, mood aku ke laut, macam² yang ada dalam otak, jiwa kacau! Sumpah terabur lirik lagu yang aku cipta sendiri!!! Makin down bila tengok kawan² semua hebat! Dengan gitar memasing, dengan prop dan segala benda dan aku? Hanya berdiri dan delivered benda yang tak seberapa, I've nothing compared to the others. 

Paling kecut perut, subjek Great Literature, harus buat research dan harus present dalam keadaan formal yang penuh dengan kriteria. Lidah harus berpasir, cakap omputih, bukan kepakaran aku. Alhamdulillah, biarpun penat dengan segala apa yang berlaku, aku dah jalani benda tu dengan selamat.

Nak borak panjang lagi pun dah tak guna. Semua dah lepas. Aku bersyukur, benda yang aku tak jangka, itu yang berlaku. Alhamdulillah. Kadang² aku asyik leka, Dia ingatkan aku dengan cara macam ni. Dah banyak kali lalai, Dia tetap bagi sesuatu yang bernilai. Shame on me! 

Bila kita lalai pada Dia, Dia beri sesuatu pada kita
Sesuatu yang buat kita kembali pada Dia
Bila kita lupa pada Dia, Dia beri peluang pada kita
Peluang yang buat kita sedar berkuasanya Dia 
Alhamdulillah

Tuesday, May 24, 2011

TANPAMU


# QUICK UPDATE

Layanla dulu lagu ni, esok janji update panjang². La ni penat dan mengantuk.
Tata Titi Tutu



Monday, May 23, 2011

BUKAN SEBARANG TOM & JERRY


# Aku masih yang sama

Kalau korang kenal aku, rapat dengan aku atau readers yang setia, mesti korang tau betapa aku geli dengan bulu & badan kucing,  takut digigit dan dikejar kucing. Kat sini aku nak tekankan, equation kat bawah ni unequal ok.

GELI + TAKUT ≠ TAK SUKA

Aku tak minta pun untuk geli & takut dengan kucing. Sumpah kadang² rasa nak menangis sebab aku nak sangat pegang, nak buat main kucing tu macam main dengan baby tapi apa daya aku kan. Mungkin  sudah di setting dalam otak dan aku rasa aku kena program balik otak aku tentang hal² kucing ni.

So past few weeks, aku pergi rumah auntie aku. Ada la dua ekor baby cats ni, which is aku dah pernah jumpa dah pun masa auntie aku bawak datang rumah, masa tu depa baru lagi, mata pun nak tak nak bukak, jalan pun ke laut lagi.

Ha, ni pun dah kira besar sikit, masa first time aku jumpa, agaknya masih dalam hari.
Please be introduced, Tom & Jerry! *both actually betina*

Sumpah masa first time aku tengok Tom & Jerry ni, aku rasa macam jatuh cinta ok! Rasa macam nak pegang, nak angkat. Perasaannya mungkin sama macam ibu yang baru lahirkan anak. Clear enough kan macam mana perasaan aku masa tu?

Sebelum ni susah nak rasa macam ni bila tengok kucing² lain, boleh baca previous entry macam mana takutnya aku dengan kucing sampai tak lena tidur kan? Tapi kali ni perasaan aku bila tengok Tom & Jerry rasa lain sangat.

Second time aku jumpa Tom & Jerry, aku macam semangat nak pegang. Oh, it's really take a long time for me to touch them. First aku reject Jerry, sebab dia macam menggila sikit. Plus dia macam kurus sikit, so aku tak nak amek risiko bila dia tercampak nanti.

Green for Tom and the red one, Jerry
Oh, dah besar mereka kan?

Aktif & Pasif

But spot the different between both of them, Jerry kurus sikit so that, memang aku tak kan pegang la, lagipun dia agak aktif whereas Tom agak pasif, manja dan senang diulit. Buat pertama kalinya, aku pegang kucing. It's Tom! Bukan setakat cuit² yang biasa tu tapi aku pegang dengan tapak tangan, pegang badan dia, baringkan dia atas peha, bagi susu. Percaya tak???

You's the first baby cats or should I say CAT I ever hold in my arms
T O M

I'm in Love

Awalnya, auntie aku ada tanya, masa baby cats ni kecik lagi, nak bela ke tak. Mama dengan akak memang tak kisah, mula² aku kisah jugak lah tapi once dah jatuh cinta, apa ada hal? Masalahnya ayah pulak. Ayah rupanya geli kucing! Maknanya keturunan ke apa? LOL

Bila fikirkan auntie nak lepaskan baby cats ni bila dah besar sikit, aku jadi sedih. Yela, dah la comel, nanti jadi comot macam mana? Huwargghhhhhh! Sedihya! Hopefully auntie aku tak buat macam tu. Yela, tak kan tak ada rasa sayang? Dah bela dari baby kan?

Lot of love!

# Mahu programkan balik mind setting aku

Saturday, May 21, 2011

CASH CONVERTER ; WHAT YOU GIVE, YOU'LL GET BACK


# Money Money Money

Since cuti hari tu, sumpah purse aku sangat zero! Sampaikan bila date dengan Cik Yus, kena marah sebab dia cakap, tak elok biarkan purse kosong, siap suruh aku letak duit RM1. Heyp budak pes! Baik kamu bagi orang RM 1++. Heeeeeeee

Aku tak kisah sangat pun, sebabnya tak keluar mana² , hidup aku bila tengah cuti ni, bangun pukul 11-12 am/pm, mandi, makan, tengok Marimar, online, bergaduh sikit² dengan mama berebut lappy, mesej² sikit, tengok MasterChef, 2-3 am, aku tidur. See? Tak keluar! Bosan kan? Tapi aku ok² je. 

Cuma past few days, mama kemas² segala cawan pinggan dia yang berlambak tak hengat donia tu, dia suruh bawak ke Cash Converter! Tadaaaaaaa! Boleh jual meh? Dapat duit meh?? Mata aku blink² terus. 

Cash Converter, Section 9, Shah Alam

Serius, kita boleh jual barang kita yang dah tak digunakan *walau dah buruk dan usang*, then depa akan bagi kita duit, kira macam kita jual kat depa la. Macam² yang boleh dijual, jewelry, gadget, pinggan mangkuk, even cawan yang dapat free macam cawan DARLIE and sort of pun dia beli dari kita. 

Ha, semua ni belongs to my mum yang dah pun kena jual

So harga total semua pinggan mangkuk mama, after akak aku nego dengan staff dia, dapat lah RM80. Tak berapa nak kencang. Boleh la kan? Kalau well-known brand kan, lagi mahal dia bayar tau. Ni baru pinggang mangkuk, belum barang lain.

Ni barang ada satu pakcik ni, dari aku sampai Cash Converter, 
sampai dah habis nego, dia still berangkut barang² dia

Ni lagi barang² pakcik tu. 
Siap ada patung tu, bukan satu tau, ada lagi 2 3.

Oh, selain kita boleh jual, kita boleh beli jugak barang². Kedainya tak ada la besar mana, bukan semua barang second hand, tapi barang baru² pun ada. Ada jual gitar, gadget² macam handphone, psp, lappy even barang² elektronik macam TV pun ada. 

Barang yang depa jual dekat Cash Converter sangat murah, affordable sangat. Aku aim satu barang ni. Tak decide lagi nak beli kat Cash Converter atau nak survey lagi kat tempat lain. Oh, kalau korang rasa ada banyak barang nak jual, boleh pergi Cash Converter ok, memang berbaloi. 

# Nak tahu, staff² Cash Converter sangat friendly dan ganteng amat!

Thursday, May 19, 2011

TAKDIR DAN HAKIKAT


Manusia tak boleh menolak takdir dan hakikat yang dah ditetapkan. Cuma bersyukur dan berserah kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk semua mahkluk ciptaanNya. 

Everything has been set for us
and there are no other way people can resist them

* Ada beberapa point entry kali ni, regarding quote kat atas ni

FIRST

Past few days, dah boleh cek nombor rumah kat kolej. Aku cuma boleh harap supaya diturunkan satu tingkat tapi hampeh, dinaikkan lagi sebanyak 2 tingkat which is kalau semester lepas tingkat tiga, la ni aku kena panjat naik tingkat lima. Grrrrrrrrrrrrrrrrr!

4B? Dengar kata tangga ni tangga yang keras?
Haruslah keras, dibuat daripada simen atenya

Ok, final semester, dekat² bulan puasa dan apa lagi? Tertinggal barang nak balik ambil? Harapan la! Weh, siapa nak tolong aku mengangkut barang 29 Mei ni? Tak apalah, nak buat macam mana kan? Tak baik mengeluh, syukur alhamdulillah masih diberi peluang duduk kolej, kalau kena sewa lagi parah. 

SECOND


Aku rasa ramai dah update tentang owner blog header kat atas ni. Terkesima, terkejut dan segala macam bila baca apa yang Ayeem post kat wall FB owner tu. Semoga aman and sort of. Dengan lajunya aku klik dan terpampang banyak ucapan takziah. Oh, kau dah kembali kepadaNya. 

(T_______________T)

Tak sangka. Semoga roh kau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Salam takziah pada keluarga owner blog TELORDIBASUH. Tak ada lagi Telor kat shoutbox aku. Betul cakap Farid, kau hebat kat mana² je, even kakak aku yang bukan blogger pun baca blog kau, segala lawak kau, gila² kau. Aku sure semua orang akan rindukan kau. Semoga kau tenang dan aman di sisiNya.

THIRD

Tadi bermesej-mesej dengan Elie. Busy dia sekarang, mesej dua hari lepas, hari ni baru dia reply. Katanya tak sihat, suara hilang dan demam. Makcik, tahulah awak orang penting, jaga diri sendiri dulu boleh? Tahu lah Biro Makanan, jangan diri sendiri tak termakan ok??? Marah ni, marah tahu? Nampak tak?

Get well soon, makcik!

Oh, kita satu bilik lagi. Ni final semester *ye ye je, kejap lagi ada paper yang kantoi, haremm final semester*. Lepas ni dah tak ada roomate yang garang, dah tak ada bibir mungil yang pedas, dah tak ada pipi boolat yang kena cubit. (T_T)

EMPAT

Bluweks! Dah tak ada point ke-4. 

# Tata

Sunday, May 15, 2011

HARI MENGEMAS SEDUNIA


# Manfaatkan masa yang terluang

Mood nak ber'blogging' tak lah sehangat 2 hari lepas kerana blogger sedang update maintenance. Aduhai, ingatkan previous entry dah hilang, nasib baik terselamat tapi semua komen yang kawan² bagi semua hilang. Aiyak!

Huh! Ambek ko! Sikit punya panjang mukadimah. Ceritanya cuma nak cakap manfaatkan masa yang terluang. Since cuti tak berapa nak banyak sangat, so semalam, aku dan famili semua sibuk kemas dua bilik yang dah rupa sarang tikus! Bilik aku dan bilik abang. Kitaorg nak switch bilik. 

Ngupe ini le bilik teman, bawah katil, selagi boleh sumbat, 
semua nak sumbat sampai berhabuk!

Segala benda yang nak dibuang, sumbat dalam satu beg

Sesudah berhempas pulas kemas bawah katil, jadilah ngupe ini.
Katil ni dah nak kena buang, ate, tidur atas tilam jela

Oh, nasib baik aku ada seorang kakak dan seorang abang yang boleh dikatakan very helpful. Plus ada seorang mama *yes, she's the only one* yang sangat suka mengemas rumah, susun atur. Gamaknya dah boleh ganti Eric Leong. Nak harap aku sorang, memang hampas kepala kelapa la, pemalas wa cakap lu *kesian pada future hubby kan?*

Ni bukan namanya manfaatkan masa cuti, ni manfaatkan akak dan abang! Heyp, tapi ada jugak kerja² yang aku buat, idok le jadi mem besar goyang kaki. Sapu² lantai, humban segala sampah sarap dalam plastik hitam dan banyak lagi lah.

Bersepah kan? Aku seorang yang sangat sayangkan barang yang ada sentimental value.
Nampak tak paper bag Body Shop tu? Dalam tu ada segala tiket bas, 
resit, tiket wayang and etc sepanjang aku date dengan Chenta Hati. 

Fav part aku! Yes, aku memang suka membaca.
Ada novel BM *alaf 21, please*, ada novel omputih, ada buku motivasi, 
ada komik manga and not to forget, pelbagai jenis diari yang aku tak pernah sentuh! 

To be frank, dolu² mana ada lappy, mana ada broadband kan. So aku lebih suka tulis dalam diari. Tapi yang tak boleh handle bila belum pun habis satu diari, aku pulun beli baru. Teruk kan? Pantang nampak yang fancy² mula la merenyam nak beli. 

Ni pulak bawah katil abang, sama je macam bawah katil aku

Keadaan bilik abang *dulu bilik aku* bila sudah dimasukkan barang, 
masih bersepah. 

Dressing table a.k.a. drawer baju. Multipurpose kan?
Ehem, siap ada hall of fame tau.

Aku sangat ada masalah dengan dressing table. Dah siap kemas molek², mesti esok lusa dah tak rupa dressing table, ada sikat yang bersepah lah, habuk la, powder la, segala macam. Grrrrr! Tak habis dengan dressing table, drawer baju pun dah lipat elok², mula bersepah balik. Double Grrrrrrrrrrrr

Bilik abang after siap kemas. Much better isn't it?

Tadaaa! Dah tak payah guna katil sebabnya katil dah tak berapa semangat 
nak tampung berat aku yang agak obesiti ni. (T_T)

After all, sesi mengemas bilik dan menukar bilik serta sesi membakar lemak ditambah dengan cuaca yang membahang, mengambil kira² 4 ke 5 jam. Pheuwww! Puas hati ni bila bilik dah bersih. Tapi tapi kan, esok lusa tak tau lagi macam mana ngupe bilik kami. Gheeeeeeeeeeeee

# Scheduled post

Thursday, May 12, 2011

BUAT SEORANG "ADAM"


# Buat kamu

Ice Liebe Dich dan Je t'aime adalah dua perkataan yang selalu orang ucapkan pada kamu kan? Kamu tau, hanya kamu! Tak pernah orang ucap pada orang lain benda yang sama. Walau dolu² orang nakal, bajet² comel berskandal sana sini, tapi bangga tak kamu at the end of the day, orang end up dengan kamu?

5 tahun, kamu selalu ulang, bukan sekejap. Yes, strongly agreed, macam² dah jadi pada kita daripada umur kamu 15 tahun sampai sekarang dah 20 tahun, percaya tak? Almost 100% kamu kenal tentang orang dan hampir setiap perkara tentang kamu orang dah nak sampai level expert.

8hb Mei, hanya lepas 3 tahun kenal baru orang dapat jumpa kamu dan celebrate birthday dengan kamu kan. First year jumpa dan buat pertama kali celebrate, hanya perfume ADIDAS yang tak seberapa, tahun kedua wallet yang orang beli masa ada sale, kalau tak orang tak mampu, orang belajar lagi kan. Masuk tahun ketiga, orang dah tak tau nak beli apa buat kamu. Aiyak, baru tahun ketiga! Macam mana kalau 10 20 tahun akan datang? Tak apa, orang bagi kamu kasih sayang jela ok?

To my beloved, in case you read this post, I wanted you to know that I want to be the first person to wish you happy birthday sharp on 12 am, I want to be beside you every time you blow the candles on your birthday and I wanted to be on your wish list. Not only for this year, but in the years after.

Since tak ada apa² yang orang nak bagi kamu buat birthday yang ke-20 tahun *kamu sudah semakin dewasa, please get serious sayang*, orang buat sijil ni sendiri, walau nampak macam budak kecik punya art work, hope kamu happy bila orang siap print nanti.


Comel kan??? Idok le bagi sijil ni semata, cuba klik sijil.

Yusri Saibani, Happy Belated Birthday.
May Allah bless you, in this harsh world and hereafter.
Be a good son and be a good brother as well.
Not to forget, please be a good Adam for me.

Tuesday, May 10, 2011

I'M BACK WITH EVERLASTING LOVE!


# Hello there

Dah hampir seminggu aku tak update blog kan? Maklumlah, busy dengan program kat Puncak Perdana. Niat hati nak update hari Sabtu tapi pergi berjimba di JJ Sunway, hari Ahad pulak, baru nak update, broadband kena potong! Grrrr! Bikin panasss je!

Bawak buduk gumuk ni pergi tengok Rio kat JJ Sunway Pyramid,
dah macam anak beranak kan? Aku gumuk kuasa ² ! 

Happy Belated Mom's Day!

It's ok, after all date is just a number kan? Dengar kata, Mother's Day setiap hari ahad minggu pertama May, sumpah aku baru tau. Dengar kata jugak Mother's Day perayaan apa benda entah, haremm katanya dan ada yang cakap it's ok, bla bla bla. Pada aku, tiap² hari pun boleh hari ibu, apa ada hal, yang penting nawaitu.

Dear Rohami Hamzah;

Ana tau mama tak kan baca pun blog Ana, mama cuma tahu Ana kadang² update blog. Nak wish banyak² pun apalah sangat kan. Esok² Ana ada tersakitkan hati mama, terlukakan hati mama. Tapi mama jangan risau, selagi Ana bernafas, selagi tu mama adalah mama Ana dan kalau esok² mama dah tak berdaya nak masak, basuh baju, kemas rumah dan buat hal² lain, InsyaAllah, Ana akan tolong mama *Ana adalah anak mama yang pemalas, kan ma?*. Sekarang ni pun Ana baru cuba² cakap I LOVE YOU tiap kali call atau mesej, lepas tu kadang² Ana cium kedua-dua pipi mama bila mama hantar Ana kat Puncak Perdana. Mama tahu tak kenapa, sebab Ana takut Ana tak sempat nak buat semua tu bila tiba waktunya nanti, tak kisahlah sama ada Ana dulu yang pergi atau mama dijemput *kalau boleh biarlah Ana dulu yang tutup mata sebelum mama*

Alangkah baik kalau aku dapat beritahu mama segala apa yang aku tulis kat atas ni. Supaya mama tahu, aku sayangkan dia lebih dari apa yang dia tahu. Sekarang ni pun aku in process nak manja² dengan mama secara terang-terangan.

Trust me, boyfie boleh di'replace' bila dia buat jahat,
tapi mom, no one can ever be like them,
seburuk mana mereka, mereka yang lahirkan kita kan

Buat korang semua yang tengah baca termasuk diri aku sendiri, selagi nyawa ibu, mak, umi, mama, mami korang semua masih ada, cuba yang terbaik untuk rapatkan biarpun dah memang rapat, rapatkan apa yang jarak, sebabnya, tak rugi pun, esok² mungkin kita akan berada di tempat yang sama dengan mereka.

Oh, hadiah buat mama, tak ada yang istimewa, cuma sehelai sijil penghargaan buat mama. Itupun cuma gambar, aku snap satu kad yang unik kat JJ Sunway Pyramid. Tapi dah tunjuk pada mama dan mama hanya tersenyum. Kehkehkeh

Sweet kan? Nanti aku cuba buat sendiri

Ehemmm, 8hb Mei bukan saja Mother's Day, tapi kan, birthday Encik Kupu² aku. Eh, kenapa kupu²? Adalah, rahsia! Next entry, mungkin tentang Encik Kupu² aku tapi MUNGKIN, repeat after me hokeyh. Banyak jugak cerita tentang dia, sebabnya dalam seminggu lepas, banyak spend time dengan dia. (*_^)

# Till then 


Wednesday, May 4, 2011

BAJET NAK TEST MARKET


# Aku busy, ada sesiapa kisah?

Ok fine, "aku" pulak sekarang *walau kawan² terdekat tak suka bila aku bahasakan diri "aku"* .

Ada sesiapa rindu tak? 
*bajet blogger famous, bluweksss!*

Ok tak ada! 

Sekarang busy dengan Finishing School Program, 
jadi assistant secretary walau x berapa nak assist sangat. 
Dah lambat, kena turun sekarang.

Banyak benda nak cerita, weekend ni kita sambung gossip hokeyh. Tata!