Friday, July 29, 2011

ZINE #2 | NOKSS


Kalau korang loyal readers blog aku *kalau ada laaa*  mesti korang tau apa itu "NOKSS". Kalau tak tau boleh baca balik apa yang aku pernah post pasal NOKSS. Sejenis zine hasil karya kami, 9Belas. Normally kalau nak jumpa zine yang lain² boleh cari dekat Frinjan.

Proses menyiapkan zine 9Belas
Lipat, Gunting, Tampal, Lekat

Nak ikutkan tak lama pun proses menyiapkan zine ni. Memasing excited nak tunggu bila siap, so apa lagi, kelajuan ditingkatkan supaya kami, 9Belas dan semua yang tak sabar nak tunggu boleh baca dengan gembiranya. Sangat excited ok, bukan excited yang sikit² punya.

Muka depan & belakang NOKSS before print
Ehemm, dua daripada tiga karya aku!

9Belas masih kekalkan konsep yang sama, each members akan bagi tiga karya untuk di publish dalam zine. Tak kisah la kan nak mencarut ke, nak meluahkan isi hati ke *curhat*, nak cerita tentang kehidupan sendiri ke *cerdup*  even ada yang agak kelucahan tapi towards the end aku sure korang akan bantai gelak kalau baca.

Kalau nak rasa macam mana bestnya baca zine, boleh straight away pergi blog Aku Linglung since dia pun dah ada buku indie dia sendiri, Sperma Cinta ala² zine jugak. Tak pun boleh serbu blog Monologue, pun ada satu zine yang aku rasa aku mesti kena beli, TMAD. Two Months & A Day. Erk, tapi tak beli² lagi!

Antara muka bahagia 9Belas

So malam tadi secara officially, NOKSS #2 dah siap dan boleh beli bagi sesiapa yang berminat. Rasanya kali ni lagi pop bak kata salah seorang ahli 9Belas. Kalau nak tahu sejauh mana popnya kami, boleh order mulai hari ni, tak mahal pun. Berbaloi sangat ok?

Nampak tak sampai cenggitu sekali depa enjoy?
Sampai tekup muka & yang paling penting,
tak lepas dari tangan!

Ha, jangan tunggu lama² ok? Prosedur nak order masih sama lagi dengan prosedur lama, so kalau ada yang berminat nak beli ke nak tanya ke kenapa kitaorang buat buku indie ni, berapa modal nak buat, buang masa ke tak buat zine ni, segempak mana 9Belas, just tanya hokeyh!

Untuk customer haruslah yang berwarna! 

By hand: RM5
By post: RM6 (Semenanjung)
             : RM7 (Sabah/Sarawak)


For further details;
do visit 9Belas ok?

Aku punya ada  satu typo,
nampak tak gelojoh main tekan²?
Keypad lappy je pun.
Hukhukhuk

Wednesday, July 27, 2011

Sunday, July 24, 2011

SI MORON: INGINKAN KEPUASAN SEX TO THE MAX ?


Entry 18SX *tak berapa extreme pun, relax² sudah...*
Erk, entry ni agak harsh, sorry! No offense! 

Nak publish ke tak, nak publish ke tak payah. Ha, sangat dalam dilema bila nak taip entry ni. Nanti orang syak aku melucah pulak kat blog ni sensorang. Heyp! I bersih hokeyhhhh! Tak main la melucah² secara terang-terangan. Opsssss! Zip mulut ketat².

Kisahnya tadi after habis event MyPhone Shorties kat UiTM Induk, dengan pahit jerih menahan rasa nak terkucil masa otw ke Puncak, so singgah sat kat Petronas Bukit Jelutong tu. So dengan sepantas kilat aku masuk toilet. Ok fine, bersih, even orang pandai tak flush after guna. Lega, dah lepaskan hajat, aku nampak satu kebodohan bila nafsu memuncak, air penuh kepala!

Ha hamekkk, nak sangat layan kan?
Sorry la, niat hati memang nak censored semua nombor tapi aku malas pulak

Aku tak habis pikio, kenapa la gersang sangat umat manusia yang pandai ni sampai sanggup menconteng kat pintu/dinding public toilet dengan offer service yang macam ni sekali? Heh cik abang/cik kak, agak² kalau dah gatalmiangtaktahangersangsangatnakbuangairyangpenuh *satu nafas je sebut ek*, puasalah, tahan nafsu tu, kalau tak tahan lagi nak memuaskan nafsu kegersangan korang tu, kahwin jela, kalau tak cukup duit, buat yang wajib je. 

Yang penting, tak payahlah sampai cemarkan harta benda awam. Ingat hape? Hak milik persendirian ke kemudahan tu semua? Ha memang, atuknenek korang punya share dengan petronas tu kan? Tak pun makapak korang owner bas Seranas ek? Tu yang selamba badak contiang sana sini! Haish, ke laut ni kang! *marah nihhh*

Aku bukan nak buka aib sesiapa bebel potpetpotpet tapi kalau nisbah si gersang² ni melebihi tahap kritikal, memang penuh la kegiatan yang tak bermoral kat Malaysia ni, kita mahu bersih tahu! Hangin betul aku! Bukan sekali dua contengan² ni aku jumpa, paling common, dalam bas. Niat hati nak bagi mesej cakap let's go cakap bertaubatlah, tapi kejap lagi ada pulak dia conteng nombor aku kat toilet, ha, tak ke naya nanti? Berduyun² pulak si gersang² sekalian bagi mesej mintak service, oh nooo! Tak sanggup mak!

Moral of the story, kalau hangpa nak contiang jugak, tulis atas kertas baru p lekat kat dinding/pintu/kerusi yang ada. Bukan untuk kepuasan nafsu berahi korang ek, tulis sekali nombor makapak korang so senang kami nak habaq kat depa anak depa dah gersang sangat nak teettttttt! Hangpa kan pandai, kalau takut nak habaq, kami boleh habaq kan. Amacam???  

Super annoying agaknya SI MORON yang contiang tu!

Saturday, July 23, 2011

NUFFNANGERS, KORANG BOLEH LOG IN NUFFNANG TAK?


To all nuffnangers, korang ada masalah tak nak log in Nuffnang? 

KLIK bagi sesiapa yang rabun jauh dan rabun dekat

Asal ada FB Converted Events bagai ni? 
Korang jadi macam ni tak kalau nak log in? Ke aku sorang?

Cisss, tak boleh nak check simpanan tabung kahwin masa depan!
Grrrrrrrrrrrr!

UPDATE: Dah boleh log in! Yipeeee! Dengar cerita kena hack... Hmmmm

Comel je entry pendek macam ni

Wednesday, July 20, 2011

Friday, July 15, 2011

ADA APA DENGAN ARTISTIC WRITING? HEBAT HOKEYH!


*entry paling panjang abad ni

Aku pilih Artistic Writing kerana aku tahu aku boleh menulis, kerana aku yakin yang selama ni, cerpen yang aku buat, novel yang tak pernah siap mungkin boleh di publish satu hari nanti. Jadi, masa nak isi UPU tu, aku redha bila letak Artistic Writing ni as first choice. Aku tak ada pilihan lain sebab bila nak letak law, BI aku tak cukup. Redha lagi kat situ.

So bila terima tawaran ni, aku lega. First kerana dekat dengan rumah, Shah Alam to Puncak Perdana, cuma 15 ke 30 minit, second sebab cousin aku pun belajar kat situ dan dialah yang suggest kan aku ambil penulisan. By hook or by crook, aku bangga kerana bergelar pelajar Artistic Writing even though agak halimunan dalam fakulti. Tu next time aku cerita.


But first, thanks to Hana sebab request post tentang Artistic Writing ni. Tak semua orang appreciate penulisan yang sebenar. Ini kenyataan. No offense. Aku akan cuba explain sebaik mungkin. So Hana, this is it, hope tak menghampakan ok? Kalau ada apa² yang tak clear, boleh tanya. ^_^

Basically, jangan anggap Artistic Writing ni hanya menulis satu cerpen, satu novel atau sajak dan puisi. Subjek ni beyond our expectation. Aku pun dulu² ingat hanya tulis cerpen puisi sajak tapi ianya lebih luas lagi! Senang kata, subjek ni ada basic skills bagi yang sangat minat menulis skrip. Tak kisah skrip drama TV, skrip iklan TV, skrip short film & skrip layar perak *screenplay*, skrip drama radio dan juga skrip drama pentas *stageplay*.

Most of the time, student penulisan akan spend time depan lappy like 24/7, so bersedialah. Kita bukan di zaman dulu² yang guna tangan dan jari untuk tulis skrip, so jangan risau, tangan takkan kejang punya. Sekarang lebih mudah bila ada software untuk tulis skrip, CELTIX. Actually banyak je software untuk buat skrip tapi aku guna CELTIX. 

Masa sem satu dulu, aku pernah tulis cerpen, skrip drama hasil diadaptasi daripada puisi² terkenal dan juga skrip TV kalau tak silap. So far untuk skrip TV, kena lukis² sikit, kira macam storyboard la. Pun boleh guna software. 

Masuk sem dua, lebih luas bila ada kelas Skrip Teater Tradisional. Depends on lecturer la, nak bagi skrip teater bangsawan ke, teater makyong ke, teater manora ke sebab teater ni banyak jenis. My favorite class after all. Compared to screenwriting, I preferred stageplay. Mungkin sebab masa tu kena buat skrip untuk teater bangsawan, so no worries. 

Alfred Hitchcock
Well-known Movies: Psycho, Notorious, The Birds, Rear Windows

Masuk sem tiga, ada subjek Genre. Lupa dah nama penuh subjek tu tapi dia belajar tentang genre filem yang ada. So masa tu keluar la nama Alfred Hitchcock, Orson Welles, Abel Gance, Fritz Lang dan banyak lagi. Dalam subjek ni, banyak info tentang era perfileman. Expressionism, Neorealism, Surrealism dan New Wave adalah contoh movements in cinema. Kalau nak lebih details boleh google tentang movements in cinema. Kalau genre pulak, ada bawahnya lagi macam sub genre. Banyak sangat so kena pandai cari info. [link genre and etc]

Sem 4! Baru je berlalu. Alhamdulillah. Selesai dengan jayanya even though banyak halangan aku rasa, puas menangis, puas memikir. Worth it after all. Untuk subjek keduanya, aku kena buat skrip teater bangsawan, means lagi details yang aku belajar dari masa sem 2. Sebab masa sem 2 tu, hanya menulis skrip untuk teater tradisonal. Basic knowledge la orang kata. Lagi best bila kena tengok teater kat DBKL. 

Hari Duka Cita
*lupa lirik yang dicipta sendiri!*

Tapi sem 4 jugak perlu struggle. Ada subjek Poetry & Lyric writing. Ha, a part or script, ada jugak lyric writing. Ni yang buat aku menangis. Lirik tunggang langgang, masa perform lupa lirik! Grrr! Subjek ni kena buat biografi penulis lirik, well-known lyricist, aku pilih Habsah Hassan! Even markah untuk performance tak berapa nak canggih, aku berjaya jugak! Yeay for me!

Oh, subjek yang aku tak expect dapat A, akhirnya A jugak. Pergh, English harus berpasir, bukan aku! Great Literature. Belajar tentang apa itu great literature. Masa tu akan jumpa buku² seperti The Little Prince, Othello, Animal Farm, The Chairs and etc. Banyak kot! Presentation in English. Double Grrrrrr!!!

Last but not least, sem 5! Sem terakhir, lepas ni dah boleh kahwin grad, insyaAllah. Sem 5 ni, ada belajar subjek Short Film Script. Hmmm, dah submit treatment hari tu. Treatment tu fyi ialah salah satu cara kita nak jual idea *pecahan lebih kecil daripada sinopsis*, sama ada di approve atau tak. Kalau di approve bila orang penting baca, maknanya dah boleh buat skrip. Kelas ni paling best bagi aku sem ni, sebabnya lecturer handsome muda, banyak tengok short film antaranya Hujan Panas & Sub Rosa by Nadiah Hamzah, Fly Moon To The Moon by Fikri Jermadi *he's the good looking guy who handle the Short Film subject*, Like Toy Dolls by Yihwen Chen and many more especially short film from oversea. 

So Hana, this is it, panjang kan? Actually banyak lagi subjek tapi cukup sekadar ni dulu. Kejap lagi pengsan nak baca, nak cerita sampai dua entry tak habis. By the way, tentang final exam, ada certain paper yang tak masuk final, so beware, assignments yang dihantar kena gempak kalau nak score. ^_^

Hopefully Hana puas hati ek? Kalau ada apa² soalan boleh tanya je straight away. Kalau readers yang berjaya baca sampai bawah ni nak tanya apa² pun boleh jugak. Tahniah la sebab berjaya baca entry aku yang paling panjang ni setakat ni. 

Till then. Salam

Wednesday, July 13, 2011

Sunday, July 10, 2011

KERANA KPOP... STOP BEING PREJUDICE!



To be frank, aku tak ramai kawan rapat. Boleh dikatakan yang rapat dengan aku, kawan rapat semasa. Erk, macam tu pun ada ke? Yela, kat sekolah rendah kawan rapat lain, kat sekolah menangah berubah lagi, tu tak kira lagi bila pindah sekolah. 

Kalau bercakap pasal kawan berlainan bangsa pulak, sumpah tak ramai even masa sekolah kat Penang penuh dengan Cina & India. Sekejap je pun dengan mereka, tak sempat rapat pun. Masuk sekolah kat Shah Alam, kurang dah. Majoriti Melayu. 

So semalam bila ada sorang kawan yang berbangsa India tetiba komen wall FB, aku macam terperanjat jugak. Ok, aku jarang pun cakap dengan dia masa sekolah dulu, sempat satu kelas je pun. So semalam kitaorang dari wall terus ke chatbox kat FB. 

Kalau cakap pasal KPOP,
otak aku automatic teringat kat Lee Min Ho.

Surprisingly kitaorang boleh berbual hanya disebabkan BERSIH KDrama & KMovies! Unexpected. Dia seorang kawan lelaki berbangsa India minat dengan KDrama & KMovies. Yela, aku ingat perempuan je yang minat semua Korean thingy ni. 

Sumpah tak percaya kan? 
Bukan Korean drama dengan Korean movies je, 
Malay movies pun dia layan.

Yela, di tengah² isu BERSIH, aku tak mahu la ada unsur² mencacatkan hubungan 1 Malaysia aku ni. Put away political issue, semua orang nak keamanan kan. Mungkin Allah hantarkan kawan aku ni supaya aku berfikir, tak semestinya berlainan bangsa, berlainan agama kita mesti buruk sangka, bukan semuanya sama, lain orang lain ragamnya. Wake up, Yana!!! 

Tengok chat tu betul² dia siap nak download cerita yang Farid Kamil berlakon, aku sangat teruja tahu??? Maklumlah, tak semua orang suka filem Melayu, orang Melayu pun ada hentam cerita Melayu kan? Mesti lah aku terkejut beruk filem 321 Cinta ada dalam list download dia. Aku sendiri pun ingat Farid Kamil yang buat cerita tu, tapi rupanya dia berlakon je kata kawan aku ni.

Heyp! Aku pun sebenarnya kadang² layan cerita Tamil. Ha, cerita Tamil yang paling banyak episod aku layan cerita Metti Oli. Siapa ada tengok??? Ha, kalau movie, Sivaji: The Boss! Aku pun guna Fair & Lovely sebab nak kasi putih, terpengaruh dengan Rajinikanth. 

Korang ado???

Saturday, July 9, 2011

KUN FAYAKUN


Ya Allah
lindungi negara kami,
lindungi bangsa kami,
lindungi agama kami,
lindungi keluarga kami,
lindungi keturunan kami.

Kun Fayakun

Jika dengan perhimpunan ini terhapusnya rasuah,
jadikannya ia perhimpunan yang dirahmati.

Jika dengan perhimpunan ini terhapusnya ketidakadilan,
jadikannya ia perhimpunan yang diredhai.

Namun

Jika dengan perhimpunan ini akan mengakibatkan hura-hara,
jauhkannya dari perbalahan.

Jika dengan perhimpunan akan menyebabkan pertumpahan darah,
jauhkannya dari peperangan.

Amin Ya Rabbal Alamin

Thursday, July 7, 2011

BERYL'S GOURMET CHOCOLATE


To be frank, aku memang tak pandai masak! Dulu² masak maggi pun failed, apatah lagi Telur Masak Kicap! Umur dah 20 tahun, macam mana tu? Alahai omak kawenkan aku *tiba*! Masak tak lepas, dah pikiaq nak kawen kan? Memang tak la.

Tapi tapi kalau bercakap bab² buat kuih ke, kek ke, puding ke bak kat aku. Aku memang minat sangat, kalau membabitkan pastries & bakeries, aku sangatlah suka. Daripada main² dengan lada dan bawang, baik aku main² dengan tepung dan telur. 

Past few days, sepupu mama, Long Awa ajak pergi kedai Bagus, Seksyen 13. Kedai Bagus ni jual segala macam bahan untuk buat kek, kuih dan roti, muffin pun ada. Macam² la, kalau nak list kan memang duapulohempatjam tak habis. Musim nak raya, ramai orang serbu kedai ni, dah la lengkap, murah pulak tu. 

Bukan Buku Resipi

Gambar yang kat atas sebenarnya jadul kelas untuk buat macam² jenis bakeries & pastries. Oh, ada kelas buat macaroons jugak. Setiap kelas ada chef yang conduct and of course ada payment. Tak mahal pun. Rate harga depends on kelas apa. Normally rate harga dari RM50-RM160++.

Long Awa memang jual kuih raya dan kek, banyak dia borong tapi percaya tak, hanya bayar RM200++. Sangat murah! Since ada sorang chef lelaki yang kacak bagi rasa se'cube' kek coklat berserta resipi, why don't aku cuba buat sendiri kan? Sangat mudah, ada 3 bahan je yang diperlukan dan tak payah guna oven pun, just terus simpan dalam peti ais.

Bahan²nya:

Beryl's Gourmet Milk Compound Chocolate
Whipping Cream (Dairy Cream)
Cocoa/Chocolate Powder

Kan dah cakap, tiga bahan je. Mudah kan? Tak payah fenin² nak fikir bahan lain. Harga pun tak lebih dari RM30. Actually Chocolate Powder tu boleh buat kek jadi manis sangat, so kalau tak nak manis, boleh ganti dengan Cocoa Powder. Yela, kita kan dah guna Compound Chocolate, nanti tak pasal² kencing manis pulak. 

My Very Own Beryl's Gourmet Chocolate

So after balik dari Kedai Bagus, aku terus mulakan operasi. Tak payah guna penimbang sebab kat label dah siap² tunjuk berapa g/kg bahan yang kita beli tu. Aku bagi cara² nak buat dalam keadaan simple ok. Jom! Refer gambar, clockwise.

1) 500g Beryl's Gourmet Milk Compund Chocolate dipotong dadu. 
2) Panaskan 250 ml Whipping Cream (satu kotak), tapi jangan sampai terlalu mendidih ok, agak² nak mendidih, tutup terus api dapur ok?
3) Lepas tu, masukkan terus Beryl's Gourmet Milk Compund Chocolate yang dah dipotong tu ke dalam Whipping Cream, gaulkan sehingga sebati *ala² ganache*.

Gambar 4 dengan 5 tu, aku memandai je masukkan dalam acuan which is the worst part! Jangan ikut! Nanti korang tak kan dapat feel bila nak makan! Grrrrrr! So step nombor 4 sampai 6, ikut resipi yang sebetulnya kat bawah ni. Teheeeeeeeeeee

Step 4 sehingga 6, do refer to this recipe.

Jelas tak? Kalau agak tak jelas, tanya ok? Tapi rasanya masih boleh baca, maklumlah, kat rumah aku tak ada scanner. Nak tau apa jadi dengan coklat dalam acuan tu? Sorry, aku tak buang, aku simpan dalam peti ais, tempat freezer tu. Sampai sekarang masih ada, korek² guna sudu, macam makan Nutella! 

Pssstttt, rasa dia macam ala² Nutella.
Yummy!!!
Selamat mencuba! 

Tuesday, July 5, 2011

SUDAH² LA TU PAKCIK...


SITUASI: DALAM TEKSI
AKU: Pakcik, tapak ni nak bina masjid ek?
PAKCIK: Ha'ah. Bagus ni.
AKU: Baguslah, besar sikit dari surau yang lama.
PAKCIK: Tula,.................................
...............................................................................
.............................(MASUK BAB POLITIKUS)..............................
................................................
....................................
AKU: Pakcik join ke perhimpunan menjaga keBERSIHan tu?
PAKCIK: Dah general pakcik suruh turun, turun la. Nak tangkap, tangkap la.

Dear pakcik teksi yang saya hormati,

Pakcik, saya sokong bila pakcik nak hapuskan segala adil tak adil, tipu-menipu, segala yang dicadangkan atau segala kebenaran mengenai pemerintahan negara sekarang dengan dasar menjaga keBERSIHan yang 8 tu, tapi bukan dengan cara yang macam tu.

Saya tak kisah, pergi mam la dengan orang² yang konon² yang nak memperjuangkan hak dan apa kejadah haram semua tu, tapi satu je, jangan sampai pakcik menyesal sebab menggunakan ISLAM sebagai medium untuk kepuasan hati pemimpin² kita, kononnya! 


Pakcik nak pakai baju merah ke, hitam ke, biru ke, hijau ke, kuning ke, kelabu taik hanjing ke, jangan sampai ISLAM tu tercemar dengan adanya orang² seperti pakcik sendiri. Pakcik sedar tak politikus² negara sedang mempermainkan kita semua? Duh!!!

Kalau betul niat pakcik nak mengangkat martabat Islam tu, kenapa tegarnya  pakcik memporak-perandakan masyarakat Islam kita sendiri? Bergaduh sesama Islam, memburukkan satu sama lain semata-mata kerana hal duniawi? Astagfirullah... 

Lagi satu pakcik, tak elok kita riak. Kalau pun seluruh masjid kat dunia ni kita pergi, tak perlu dipukul canang. Allah SWT marah tau orang yang riak. Tak semestinya orang tu tak solat kat masjid, orang tu jahil tentang ilmu agama. Malah dia mungkin lagi mulia kerana tak mempergunakan masjid sebagai tempat berpolitikus *bukan politik dengan cara yang sebenarnya* seperti pakcik dan kawan². Ops, bukan saya memandai, saya tak pekak lagi untuk dengar butir bicara pakcik.

Ikhlas dari Ana,
pencinta keamanan.

Allah mengetahui segalanya, Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya,
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

P/S: kepada yang KIRI & KANAN, kalau korang terus bergaduh, bertarik rambut, bertikam lidah, kau kata aku, aku kata kau terutamanya yang Islam tu, macam manalah korang nak tolong saudara kita yang duduk kat bumi hidup segan mati tak mau tu? Wake up people, kalau kita tak mampu nak tolong diri kita, macam mana kita nak tolong mereka? Have some respect towards each other and stop blaming one another! It's not about the political issue, it's about how to give some respect and to cope together as one! Susah sangat ke??? 

Sunday, July 3, 2011

MUST WATCH MOVIE 2011: CHECKED!


MUST WATCH MOVIE 2011: TRANSFORMERS 3

Semua dah sedia maklum dengan keterujaan aku nak tengok TF3 seperti previous entry, semalam adalah sejarah sebab akhirnya dapat aku tengok movie 3D *kejakunan di situ*. Ok, first aku nak bagi 3 tip untuk mereka yang first time tengok 3D

* Sediakan minyak cap kapak/yuyi cap limau
* Sediakan plaster mulut
* Sediakan tali rapia

Ada sebab! For the first 4 to 5 minit, kepala aku dan Muncet sangat fenin lalat. Plaster mulut untuk aku yang agak terperanjat bila serpihan besi dan api memancooo betul² depan muka, kononnya! Tali rapia bila tangan aku gatal konon² dapat genggam segala yang tercampak dan memancoo depan muka! Done! Sangat jakun, so what???

TF3 sangat superb! Sangat rugi siapa yang tak tengok tak kiralah 3D ke yang biasa ke memang la sangat rugi bagi korang yang dah follow since first movie tu. Oh, make sure korang kalau nak tengok book dulu, tak pun pagi² dah tercongok depan kaunter. Cakap pasal kaunter, semalam sampai je JJ Bukit Raja, tu diaaaa! Panjang lagu ulaq kekayangan depan kaunter! Nasib baik book seminggu awal. 

Masa tengok TF3, korang boleh rasa macam² perasaan, ada kelakar, sedih, teruja and etc. Part kelakar boleh kata banyak jugak, ke aku sorang yang rasa kelakar, tapi rasa semua orang gelak jugak. Most of the battle scene, sangat hebat. Ada karakter baru, Shockwave, sangat evil ok! Grrrrr! Habis tunggang terbalik bangunan sebab dia. 

Josh & Shia on set Transformers 3 - josh-duhamel photo
I chose one on the left!

Oh, kalau kawan aku suka Sam Witwicky, aku pilih William Lennox! Sumpah tak tipu, baru perasan dia seorang yang sangat macho dan grrrrrr, speechless tengok dia. Paling obvious dia sangat macho part last dekat² nak habis. Untungnya Fergie kan? 


Josh on set Transformers 3 - josh-duhamel photo

Lepas ni aku tak tau la kalau ada sambungan lagi ke tak. Ayat akhir Optimus macam kata tak mungkin tinggalkan bumi tapi siapa tau kan ada sambungannya? Oh, Optimus hilang tangan sebelah, kesian!!! Ironhide pulak... Ironhide then rusts completely and disintegrates. (T___T)

Tak nak cerita banyak² korang pergi tengok sendiri dan nilai sendiri. 
*berapa banyak sendiri la*

RATE: 9/10

Friday, July 1, 2011

SAVE THE DATE


Dekat wall FB aku, hampir seribulimapuluhjuta orang update tentang perasaan excited depa lepas tengok Transformers 3: Dark of The Moon. Hampir semua status depa ada perkataan AWESOME! Huh! Awat release awai pulak? Halamak, ke laut ni kang!


Yeay! Hari Sabtu ni, dah siap save the date gitu. Alhamdulillah, rezeki orang nak belanja kan, 3D lagi, tak la kempis purse kan? Ni first time tengok 3D tau *oh so lame*! Sebelum ni tengok Shrek 4D kat USS je. Ceritanya dapat tiket free sebab FBIL nak belanja kekasih hati dia a.k.a. my sister tapi haruslah berteman sebab FBIL kat JB. 

My future brother in law *FBIL* , insyaAllah.

My FBIL kerja kat JB, makanya tak dapat teman akak tengok wayang. Since dia tak suka kalau akak merayap-rayap tanpa teman, dia offer untuk belanja aku sekali. Memang selalu kalau akak keluar, FBIL akan make sure aku ikut dan kali ni bukan aku je yang dia belanja, sekali dengan Bubui a.k.a. my Muncet, favorite movie dia tu. Sayang Abang Wan!

Opsss, korang perasan tak, akak aku panggil aku Noly? Aku balas komen FBIL bahasakan diri Sara? Kalau rajin nanti aku up entry kenapa banyak sangat nama panggilan aku ni. Padahal nama betul pendek je, nak kata SARA NOLY LIYANA jauh tersasar. Nurliyana je pun! 

Disebabkan filem ni panas dan letup² cepat je aku suruh akak book online, takut full house, gigit jarilah kan. Alhamdulillah sebab seat kitaorang J. Agak² cukup jauh tak dari screen? Tak nak tengok dekat² macam masa tengok Kungfu Panda! Serik! 

Yang bulat merah tu sangat tak best!

Ha, tapi aku dikenakan syarat oleh FBIL dan akak! Grrrrr! Syarat lain² aku tak kisah, tapi syarat nombor 1 tak boleh blah. Gelak guling² aku baca. Apa² lah, asalkan dapat tengok TF3 bersama akak dan muncet. Buat FBIL, mana aci dah tengok dulu kat JB! Double grrrr untuk FBIL! 

Entry ni sebenarnya nak dedicate kat FBIL. Dia tu rajin jugak stalk blog aku dan akak, tapi yang hampehnya, kekasih hati dia tak update langsung blog, penat je ajar sampai pagi² buta edit bagi lawa dan cantik, haremmm tak update. Oh, FBIL pun suka baca blog TELORDIBASUH. (T___T)

Dear Abang Wan, thanks a lot sebab belanja Sara & Muncet tengok Transformers 3D! Tak sabar nak bangun pagi Sabtu gerak ke JJ Bukit Raja laju²! Perghhhh! GF abang book pukul 11.30 am!!! Kalau hari biasa, Sara tengah tidur tahu! Oh, lupa, abang tak bagi kitaorang balik lambat dan merayau kan? Terima kasih sebab concern. Jangan risau, akak selamat di tangan Sara & Muncet. Tahniah, anda dah berjaya dapat full point dari FSIL yang comel lagi manis! (*_^)

Mood: Excited terlebih!