Thursday, December 2, 2010

WELCOME AMIR !!!

Blog korang blog jenis apa? Blog aku, aku anggap ianya mengenai dunia sekeliling aku, boleh jadi tentang masyarakat, tentang aktiviti harian aku dan tentang dunia seluruhnya. Kenapa aku tak kata personal??? Sebab kalau personal tak perlu la aku ping entry aku kat mana2, aku buat private. Betul tak? So aku nak cerita tentang aktiviti aku sekarang ni.

Hambek kau, panjang mukadimah. Semalam, seperti yang aku cakap, boyfie sepupu aku, Amir, selamat sampai Malaysia. Whole family berangkat ke KLIA. Excited tak excited??? Sebenarnya pergi sebab nak tunjuk muka kat Amir je sebab lepas ni dia akan stay dengan family belah mak dia dulu, after 2 weeks baru stay dengan family besar aku.


Antara muka yang tak sabar nak tunggu Amir. 
Spot me!!!

Sampai KLIA, macam agak awal, so lepak dulu. Almost half an hour, muka excited sedikit berubah! Aku tetap macam gambar atas. Mana boleh selebet!!!


Ha, ada yang nak tertidur, ada yang menguap. 
Aku??? Maintain!

Bila jam almost 10.30, kitaorg gerak ke tempat arriving. Pergh! Ramai! Semua sibuk terjenguk2 in case terlepas pandang. Paling genius bila tak cam muka, so we decided to make banner! Little tiny banner with Amir's name! 


Ha, agak2 nampak tak??? Itu aunty aku dari Miri, 
kebetulan ada meeting kat KL so dia pun ikut. 


Haruslah ada muka aku, mencapap sekejap
 setelah sejam menunggu.

Sementara tunggu kan, aku berdiri belakang tourist dari Korea, mungkin tunggu rombongan lagi ke hape, aku tak tau, tapi gilo batak excited dengar dpa cakap bahasa Korea. Ouh, cakap pasal Korea, aku kena marah dengan supplier cerita Korea aku, sebabnya aku tak tengok lagi cerita2 yang dia bagi! Hukhukhuk. Dia nak tamatkan kontrak! Huh! 

Okay, back to our main topic, Amir finally arrived! Thought that he grown up as tall & tough teenager but he is actually smaller than me! LOL! Muka dia agak blur but yet still senyum! Comel. Dia salam aunty2 & mama dengan kisses & hug. Aku???????


Amir! Welcome to Malaysia!

Aku ada tugasan baru! Since aku dengan Aleff  *cousin* tengah cuti, hanya kitaorg berdua yang akan bawak dia berjalan tempat2 menarik di KL. Aku pulak yang blur! Kenapa? Sebab aku tak tau naik bas kat KL! Arrrrrrrrr! Ada sesiapa volunteer nak jadi driver aku??? 

Pssttt, tadi pergi tengok movie! Rapunzel! Grrrrrrrrrrraam sangat! Bising! OK fine, nama pun cerita animasi kartun, ramai kot budak2 kecik. Tapi kalau umur baru setahun 2 3 tak payah la bawak kan. Nangis la, apa la. Aku pulak rasa nak nyusukan budak2 tu.  ^_^


14 comments:

Cik Areen said...

nak volunteer!
nak nak!

Aida Azryn said...

bestnye dpt tgk rapunzel.. 0_o

Siti Safiyyah said...

woww macam muke jepun pun ade gaye jugak..hehe, kem salam kat dia tau.. ;P

Nazatul Lockman said...

dia dari mana?

liyanaziz said...

@Cik Areen
serius ni??? yana macam lost jugak nanti sebab jarang jalan KL sorang2.. x reti! hikhikhikhik

liyanaziz said...

@AiDa AzRyN
best! tapi tercemar dengan kebisingan yang terlampau.. hahahaha

liyanaziz said...

@Siti
macam muka jepun kan?? insyaAllah.. esok nak jejalan dengan dia.. =)

liyanaziz said...

@-my name is NazLockman-
dari wichita, kansas.. =)

bidadarihijau said...

taknak la jadi volunteer driver..kalau jadi volunteer taman amif ok..wahahahahha

kerangRebus said...

wah..meriahnyee...bestnye ramai2 tgu kpulangan ahli kluarga.... :)

Unknown said...

hye amir!

ekekeke



wahhh dah tgk rapunzel. nak gak!

liyanaziz said...

@bidadarihijau
huh!! nak teman amir pulak dia.. hahahahha.. jadi driver kitaorg la ok?? =p

liyanaziz said...

@kerangRebus
betul2! ahli keluarga yang x pernah jumpa even once.. =)

liyanaziz said...

@Ery Farieha
u should watch it! sangat best!