Monday, May 31, 2010

CANDY TERBAIK!

Salam.

Adakah anda seorang penggemar candy??? Oh, maksud Yana, bukan candy biasa, ni candy yg agak tradisional. Erk, betul ke tradisional? Whatever it is, ianya terbaik dari ladang. Dari dulu sampai sekarang Yana sangat suka candy ni.

-CREDIT TO CIK GOOGLE-

Teruja tak nak tau candy apa??? Candy yang Yana maksudkan ialah candy kelapa. Mesti ada yg pernah makan kan? Yana suka yg agak lembut, tak suka yg keras. I have to admit nowadays susah nak cari candy kelapa yg sedap.

Tapi ada satu tempat yg Yana rasa candy kelapanya sangat sedap. Kat mana??? Yana selalu beli (selalunya mama yg keluarkan duit ye) kat perhentian Machap (lebuhraya utara-selatan). Selalunya kalau balik Johor mesti singgah perhentian Machap semata-mata nak beli candy kelapa ni, tak pernah miss tau. Candy kelapa ni dibuat oleh Perusahaan Makanan Ringan Aisyah (menurut bekas candy kelapa).

-PEMBUAT CANDY KELAPA-

-NAMPAK COMEL KAN?-

Dalam satu box tu, ada banyak flavour, ada durian tau (yg warna kuning). Memang tak rugi rasa bila beli (rm7). Rasa berbaloi. Kadang2 sampai tiga box dibeli mama. Yela, bukan senang nak ke Machap tu. Serupa macam balik JB pulak.

-BANYAK FLAVOUR-

Disebabkan keenakan candy kelapa ni, kakak Yana telah sponsor candy kelapa ni masa wedding aunty Yana masa bulan Mac untuk budak2 yg datang wedding tu. Sedap sangat sampai tak cukup candy kelapa tu, nasib baik ada cuppy cake (fav Yana tu).

Ok lah, tu saja buat masa ni, sesiapa yg nak, apa lagi, jom serbu perhentian Machap arah KL.

P/S : Semoga kekejeman Israel dibalas setimpal!!! Moga Allah SWT melindungi mereka yg ditahan. Amin.

Blogger Templates
Blogger Templates

ANTARA DUA, KOREA ATAU TAIWAN?

Salam.

Sekarang keadaan di luar rumah Yana sangat gelap (walau petang). Hujan turun mencurah2 bagai tiada henti (haish, bermadah lak ye).Sejuk tuuuuuuu!!! Entry kali ni bukan nak cerita pasal hujan atau pasal gelap, Yana nak cerita tentang kesukaran Yana dalam membuat keputusan.

Keputusan apa? Bukan keputusan hidup atau mati, tapi keputusan antara dua jejaka terhebat dalam hidup Yana. Siapa??? Kalau nak tau, jom kita reveal siapakah dua jejaka yg mencurik hati Yana.


Actually both jejaka telah berlakon dalam dua fav drama Yana, Meteor Garden and Boys Over Flower. Meteor Garden kalau tak silap, Yana tengok masa form 1 atau form 2 (entahlah, tak ingat). Masa tu mmg gila dengan cerita tu la, siap gaduh dengan abang Yana lagi, berebut remote, siap sorok2 remote.

Boys Over Flower pulak Yana tengok masa sem 2. Yana copy dari kawan Yana, Ekin. Wah, best jugak ni, tengok siap nangis2 lagi. Yana tak ingat pulak, masa Meteor Graden ada ke tak nangis2 macam masa tengok Boys Over Flower.

Mereka dah curi hati Yana!!! Macam mana ni! Bak! Pulang balik hati yana!!! Eh, bentar, siapa mereka??? Mereka adalah Jerry Yan dan Lee Min Ho. Hoohohhohoho hoyehhhh! Jom2 tengok gambar mereka kat bawah ni (sila jangan menguap <---- trademark baru).


-wah, kacaknya!-

-they really look alike, aren't they?

-they make me scream out loud-

-mereka sangat bergaya-

-ha, muka tegang mereka-

Yana suka mereka sebab style mereka (maybe hanya dalam cerita Meteor Garden & Boys Over Flower). Yana rasa macam nak tengok cerita tu ulang2 (teruk kan). Oh, lupa, semenjak tengok cerita Boys Over Flower, terasa rugi tak tengok cerita Korea yg lain2 (walau cerita mereka agak klise). Layan habis kalau tengok. Yana memang suka kalau bak cuci2 mata. Opss, bukan usha jejaka tampan tau, tapi cuci2 mata sebab banyak mengeluarkan air mata. Bak kata pensyarah kesayangan Yana, Ayah AGI, menangis tu mencuci mata

Till then (hujan lebat, kilat petir memancar). Wasalam.

p/s : kredit to Cik Google kerana gambar2 mereka.

Blogger Templates
Blogger Templates

AKTIVITI PAGI2 BUTA

Salam.

Warning : Penggunaan ayat2 agak formal (harap jangan menguap)~~~

Masa Yana mula menulis ni, jam hampir pukul tiga pagi. Entah kenapa Yana rasa mata ni tak boleh nak tutup (tidur). Mungkin semakin hari mata Yana semakin terbiasa dengan waktu yg Yana sendiri set, pukul berapa Yana nak tidur (selepas subuh). Haish. Sah2 esok bangun lambat lagi, dalam pukul 12.30 PM (mama mesti marah ni).

Sebab tak tau nak buat apa bila dah pagi2 buta macam ni (semua orang tidur), Yana tukar layout!!! Yey! Dah guna layout baru (kredit to LEELOU BLOGS)!!! Bila dah siap godek sana godek sini, Yana rasa puas sangat. Yana suka blogwalking dari satu blog ke satu blog sebab salah satunya, Yana suka tengok blog rakan2 blogger yg cantik and sweet.



-wajah baru my baby blog-

Part of that, Yana bertambah semangat nak update blog! Hohoho! Lepas ni kenalah jenguk tiap2 masa, nak update entri2 yg best. By hook or by crook, Yana akan pastikan blog Yana ni tak berhabuk (mcm lappy Yana)!

Ok, enough for now, better tidur before my mum tau yg anak dara dia ni tak tidur lagi....
zZzZzZzZzZ~~~~~

Blogger Templates
Blogger Templates

Sunday, May 30, 2010

APABILA SAYA MEMANDU

salam.

apa khabar? dah dua hari tak update blog (tu pun nak kecoh an?). weekend macam ni kadang2 mengundang kebosanan kalau tak terisi dengan aktiviti yg menarik (siapa setuju angkat dagu). yana sedang menghadapi kebosanan, nak keluar tapi macam kekurangan duit (saya masih belajar). btw, entry kali ni, bukanlah nak cerita kebosanan hari minggu, tapi nak bercerita aktiviti yana minggu ni (aktiviti lasak, lasak ke?).

semalam dek kerana tidur selepas subuh, yana hanya terjaga pada pukul 1 tengah hari, tu pun lepas dikejutkan oleh akak yana yg nak yana teman dia ke Giant, Seksyen 13. katanya nak beli barang2, tapi last2 dia amek satu benda ni, nak tau apa??? polish kereta yg boleh remove scratch. oh, rupanya dia buat kete ayah calar! tau takut!

lepas beli polish tu, dia beli sponge! sah! membazir duit!!! pastu yana ajak dia polish kat car park stadium (Giant berdekatan dengan stadium). lepas hilang scratch tu (selamat hilang, kalau tak, dengar la ayah membebel), yana terfikir sesuatu! yana nak drive!!!


she said ok but better be careful, yana bukan pandai, ni bukan kereta viva abang, tapi ni kereta ayah!!! yana cakap it's ok, yana nak belajar gak (saya seorang yg degil). after that, yana memulakan misi, akak yana duduk sebelah.

ni kali ketiga yana belajar bawak kereta, nak amek lesen tapi....... masa mula2 belajar, yana bawak viva (it's manual), tak berat tapi neves punya pasal, tak sampai berapa km (dlm taman perumahan), yana stop, ada kereta kat belakang!

2nd time pulak, bawak kereta kembara maksu yana (auto). wahhh,, senang ye??? yana bawak pusing2 dalam taman perumahan, masih bergurukan kakak yana (dia agak garang!).

so ni la kali ketiga yana belajar bawak. after all senang jugak bawak manual ni. ada la 3 4 pusingan yana duk pusing2 kat car park tu. rasa tak sabar nak amek lesen, tapi bilaaaaaaaaaaaaa??? satu benda yg yana belajar hari ni, bawak kereta manual sangat lenguh! macam mana la yana nak bawak kalau masa tengah sesak.

-wah, ni langsung tak leh handle-

tak apa la, ada rezeki ada la kan??? mungkin belum masanya. btw, yana nak kongsi ni, yana tak suka nak bawak kereta dalam keadaan sesak! nanti kaki yana jadi pedal brek! kereta sesak, yana pun sesak jugak! takut dengan sikap pemandu kadang2. paling pantang bila pemandu tu tak bagi signal, kena dgn yana free2 je!

yana mcm terfikir, boleh tak kalau yana nak bawak kereta tapi nak keadaan sangat lengan, macam yana sorang je ada kereta, boleh??? (demand). jom ramai2 antar yana duk dalam hutan!


eh, dah la, malas nak membebel panjang2, doakan yana semoga dapat lesen dengan cepat ya...

p/s : drive carefully rakan2, don't be so reckless!

Blogger Templates
Blogger Templates

Friday, May 28, 2010

ANDA PHOTOGENIC??? MARI JOIN CONTEST INI!

salam.

disebabkan hari ni the whole day yana tinggal seorang, yana melakukan blogjogging. eh2, blogjogging ke blogwalking??? x pela, asalkan yana gembira membaca segala macam entry. btw, yana memecahkan personal record. tau tak rekod apa? rekod menyertai dua contest dalam masa sehari. hohohoho.


kali ni, yana menyertai contest seperti yg tertera di title yana tu (ala, kat atas sekali). contest ni anjuran Cik Izyan Izzaty <---- click for further details ye??

contest ni sebenarnya bagi siapa yg rasa dirinya photogenic (erm, ada ke ciri2 tu dalam diri ni). heeeeeeee... whatever it is, yana tak kisah sebab tujuan join contest ni sebab yana mmg suka join, tak kira ke menang atau kalah because at the end of the day, yana temui ramai rakan blogger. huhuhuhu.

-gambar pilihan yana (gambar profile)-

kenapa gambar ni jadi pilihan hati? nak kata fotogenik, bukan yana penentunya, tapi gambar ni mempunyai nilai yg tinggi dalam hidup yana. gambar ni diambil sewaktu minggu orientasi masa yana baru menjengah kehidupan kampus. walau dalam penat lepas bersenam seni, tapi sempat lagi tu snap gambar ni. eheheheh.

part yg yana paling suka pulak dalam gambar ni ialah selendang hitam yg menutupi kepala. nak tau kenapa? selama yana mula pakai tudung/selendang, ni lah pemakaian yg yana rasa paling kemas (walaupun baru habis sukan)!!!

last part yg paling yana suka ialah senyuman la (leh tak puji diri sendiri?). nak tau kenapa? sebab bila yana senyum macam tu, pipi yana jadi tembam, bila jadi tembam, yana nampak comel, bila nampak comel, yana jadi macam newborn baby, bila jadi newborn baby, yana rasa free, tak payah fikir segala macam helah dunia. -end-

time for the tag : cik syuq = cik mieya = cik elie
(anda semua sudah di tag, harap maklum)

CONTEST BY MYSELF

Salam.

mai sat nak habaq mai, cek masuk satu contest ni. sejak rajin berblogging ni, teringin pulak nak masuk contest tu contest ni. ni contest kali ketiga yg cek sertai (ok, enough cakap penang, tak pandai sangat).

contest ni anjuran tuan punya blog, sila klik sini : CONTEST BY MYSELF
semua detail tentang contest ni ada disediakan. syaratnya senang je.

-tuan punya contest-

-gambar ni ok ke???-

hadiahnya apa??? wowwww, lumayan tu, nak2 bulan puasa dah nak menjelma (bukan buah tamar ye). nak tau jugak hadiahnya??? sila klik di link yg yana sertakan.

better cepat sebab due date : 18 june 2010

Blogger Templates
Blogger Templates

OH, IT'S MY BAD DAY

salam semua.

rasanya begitu lama sekali yana tak udate blog (lama ke?). bukannya malas atau apa, tapi lately ni, yana fikir macam2 sampai kadang2 sungguh stress. ish, tak elok kan nak stress2 ni??? nanti cepat tua. well, bercakap pasal tua, yana rasa masa begitu cepat berlalu, tak sedar yg tahun depan yana bukan lagi seorang remaja (TEEN). ok enough, bukan pasal umur yg nak dibebelkan di sini ye, harap maaf.

Oh, it's my bad day sebenarnya. yana tak sihat la, kesiankan? bukanlah teruk sangat pun, cuma flu dan sakit tekak. dua hari lepas dah perasan yg yana mungkin akan dijangkiti virus yg yana agak anti ni, demam ok lagi, tapi bila bab sentuh flu and sakit tekak, yana tolak tepi.



btw, yana macam baru sedar yg antibodi yana tak kuat nak lawan flu and sakit tekak ni. boleh dikatakan dalam dua bulan sekali atau sebulan sekali mesti yana dijangkiti virus jahat ni (kadang2 sampai meleleh air mata yana!!!).


agak2 ada petua tak? nak selitkan info ni, please take note. SAYA SUKA MINUM MINUMAN SEJUK DAN BERAISIII. TERIMA KASIH. yana rasa keberangkalian yana mudah terkena penyakit ni mungkin disebabkan hal tersebut, betul ke?

anyhow, terima jela, ni ujian yana (redha dan pasrah). semoga virus ni cepat menghilang ye?

p/s : alhamdulillah, jarang dijangkiti demam.

Blogger Templates
Blogger Templates

Wednesday, May 26, 2010

AKU MALU TAPI SERONOK!

salam.

kabare wak2 sekalian? (amek mood jowo)
entry kali ni, bukanlah gempak mana pun,
tapi yana malu!!! yana malu sangat!!!
nak tau apa yg nak dimalukan???
jom2x, baca tau jangan tak baca.

entry sebelum ni yana cakap nak pergi recording talk show Jangan Tidur Lagi (JTL),
so entry kali ni berkait la dengan entry yg lepas.
yana bertolak dari rumah dlm kul dua ptg,
actually terlambat, selamat la dekat.
recordingnya bukan di TV3, tapi di studio rakaman NTV7,
dekat gak dgn rumah yana, tak sampai berapa minit.

-masih dengan si oren ni, rindukan si merah-

-sempatkan pose kat lobby-

sampai2 je, minum sekejap, terus masuk studio.
sekali masuk, dah penuh la!!! yana terpaksa!! yana ulang ok, TERPAKSA!!!
terpaksa sehingga kulit muka yana jadi tebal.
yana teraksa duduk di depan stage!!!
orang2 muda katanya, so duduk la yana di depan stage.

-cantikkan?? yana mmg suka furniture color putih-

dalam hati berdebar campur malu, yela, berdepan dengan artis gitu.
(kepoyoan melanda).
betul2 di depan stage, dengan spolight, peluh dah peluh,
peluh berdebar, bukan panas.
dalam hati tertanya2,
siapa lah artis jemputan ek.

-masa ni dah duk depan stage, berdebar tapi sempat lagi-

-masa ni yana duk kat depan stage, cuba cari-

difahamkan, ada dua episod yang akan dirakam,
alhamdulillah, kitaorg akan switch tempat duduk.
selain rombongan cik kiah yg yana sertai,
ada jugak dak2 kolej segi.

-yana n mama-

-kumpulan kristal tengah menggoreng-

btw, artis jemputan yg datang semalam agak ramai,
pengacaranya pulak, turn adlin aman ramli.
masa 1st recording, ada 4 artis jemputan, tapi yana tak ambil gambar pulak.
ada nora danish, ryzal dan dua artis seberang.
ganteng and gorgeous, duda dan dara.
siapa??
tengok sendiri la ok?

2nd recording, ada nabil dan azza.
nabil, ryzal dan dua artis seberang sempat menyanyi,
nabil siap rapping lagi.
(lagu artis seberang tu sangat best-lagu duet)

-adlin, nabil n azza (2nd recording)-

-mama n nora danish (gambar tak memuaskan)-

-mama n nabil (before recording)-

-yana n nabil-

lepas dua rakaman episod berakhir dalam pukul 8 malam,
yana balik, balik dengan kepenatan dan kelaparan.
even makanan disediakan (nampak menyelerakan),
yana tak makan, minum je, sebab perut yana buat hal.

sampai je rumah, yana tertidur dan sedar2 dah pukul 10.30 malam.
apa boleh buat, menahan kelaparan sampai la pagi tadi.

p/s : saya teringin menjadi peserta The Biggest Loser


Tuesday, May 25, 2010

SATU TENGAH HARI MENANTI PASTI

salam.

hari ni yana nak berjalan! weeeehuuuuu!
nak tau yana nak pergi mana?
yana nak ikut mama pergi rakaman Jangan Tidur Lagi.

-gambar dari cik google-

yana terjebak (ayat nak gempak) dengan show ni bila kawan mama,
Cik Lily bagi nama yana dengan mama, untuk join.
hohohoho...
terima kasih la Cik Lily.

ni kira first time yana pergi rakaman TV.
fakulti yana ada jugak pergi rakaman rancangan,
tapi nak buat macam mana, tak terlibat seperti kwn2 course screen.
(saya budak writing ye)

tapi tak pe, ni peluang ni nak tengok macam mana show ni berjalan.
to be frank la kan, yana tak pernah tengok show Jangan Tidur Lagi ni.
yana pernah nak tengok sekali, itu pun sebab ada kisah arwah Achik.
yg tu pun terlepas!!!!

siapa agaknya artis jemputan hari ni kan?
siapa pulak yang mengacarakan???
Adlin atau Apek?

-gambar ni dari cik google-

p/s : to be continue....

Monday, May 24, 2010

BAHANG RAYA DAH TIBA - PART 2

salam

hari ni yana nak bercerita tentang bahang raya part 2.
nak bercerita tentang ni sebenarnya, sebab yana ada tertengok (ada ke?)
satu iklan di TV yg rakaman raya dah nak bermula.

ohhhh.. dah nak raya rupanya.
tapi kan, puasa pun belum lagi. entahlah, yana pun tak faham.

dua tiga hari lepas yana ada pergi Jakel, ala, tempat jual kain pasang, langsir etc.
pergh, punyalah cari tempat parking, semua penuh.
yana rasa mungkin sebab Jakel seksyen 7 tu baru bukak, 
then ada promosi lagi,
berduyun la orang serbu.
(yana antaranya la)

Jakel tu agak best la, sebab antara gedung terbesar,
mempunyai koleksi kain cotton yg banyak!
oh, bestnya kalau yana dah keje, 
boleh beli kain cotton banyak2!

mai nak cerita sikit, keadaan dalam Jakel tu,
sesak dengan umat manusia, kain2 gulung berselerak sana sini,
mungkin pekerjanya tak sempat nak letak balik sebab sibuk serve customer.

opss, nak pergi tempah baju sat! 

p/s : anda sudah tempah or beli baju raya?

Saturday, May 22, 2010

APAKAH DESSERT INI?

salam ukhwah kepada semua.
terlebih dahulu ingin bertanya, adakah anda dalam kelaparan?
di sini, hari ini, saat ini, yana ingin berkongsi sesuatu.
teruja tak?

entry kali ni yana nak bercerita tentang makanan lagi.
hohohoho..
makan je ye? mana tak badan naik jadi makin bambam yuduyono!
haish... tak kisah la, yg penting sihat tubuh badan.

agak2 org johor tau tak dessert ni?

-maaflah, dah tinggal sikit-

mama yana panggil pisang salai,
nenek yana yg buat ni, so mama pun ikut.
yg ni fav yana, tapi manis sangat tau.

mama kata kalau nak buat kena guna pisang yg lembut,
ianya guna planta dan gula, tu je.
so agak2 anda kan, apa rasanya?
gila manis tau!

sesekali makan ok la kan?
tapi kali setiap hari, mau kaya tokei pisang dan juga
naiklah badan kita juga lemak serta penyakit seperti kencing manis.
hahahahahhaha...

p/s : yana suka letak gula banyak2, baru feel

Friday, May 21, 2010

ADAKAH MASAK MAGGI SUDAH DIKIRA HEBAT?

salam semua.
dah berapa hari yana tak update blog kesayangan ni,
yana tak ada masa, busy with something lately ni.

ok lah, bukan nak cerita tu sebenarnya, tapi nak cerita satu hal tentang yana.
cerita ni bukanlah nak membuka pekung di dada, tapi...
(haish, malu teman nak ceghita).

hal ni terjadi apabila mama tak masak, yela, kalau masak sapa je nak makan,
bukannya ramai kaum kerabat, so yana masaklah maggi. tengoklah gambar2 kat bawah ni.
(rajin kan yana masak maggi?)
jom tengok cara2 yana masak maggi.


satu :


dua :

-masukkan maggi, yana tak suka maggi yg dihancurkan-

tiga :


empat :


lima :

-masa ni kecut perut, takut membuak-

enam :

-finally, siap gak!!-

pergh, siap jugak maggi yana kan? anda perasan tak, maggi ni macam
tak best je kan? huwaaaaaaaaaa.
kesian yana, masak maggi pun kurang, apatah lagi makanan lain.
that's why i said, membuka pekung di dada, tapi ia bertujuan untuk sesuatu.

mesti dalam hati anda berdetik, masak maggi pun nak cerita,
tapi yana dengan rasa rendah diri, nak minta resipi sebenarnya!
hahahahahah!
yana nak belajar masak, nak resipi yg sedap2,
sampai bila pulak yana nak biarkan hal macam ni,
masak maggi pun kena kritik,
dikritik oleh yg tersayang pulak tu.
(emosi sangat masa ni)

cik yus siap tengok gambar2 yg di atas tu,
boleh dia cakap, tengok gambar pun dah tau maggi awak masak tu cair beno!
pergh, terasa seperti tamparan yg hebat baru saja dilekapkan di pipi.
hahahahah.

oleh itu, dengan resipi istimewa anda semua mungkin dapat membantu yana,
sila tinggalkan resipi anda di dalam komen box yana.
huhuhuhuhuhuhuhu.

p/s : saya mahu belajar masak dengan chef wan!


Tuesday, May 18, 2010

KEGELAPAN YANG MENYESAKKAN

salam semua.

hari ni yana nak bercerita apa yg terjadi malam semalam.
dan secara tak langsung kejadian tu membuatkan yana terfikir sesuatu.
jom, yana nak bercerita sikit.

semalam dalam pukul 8 malam, yana yg tengah syok layan diari af,
1st time ni betul2 concentrate kat diari maklumlah, ni minggu final,
yana dengan joyahnya nak tau depa dapat lagu apa.

tiba2 kan, skrin tv yana sedikit terganggu,
ala2 macam dalam cerita seram,
masa watak2 utama nak muncul gitu.
yana diam je lagi, biasalah, famili ada sama,
so tak lah yana takut.
(yana ni penakut ok?)

last2 yana dah mula takut bila pandangan mata tiba2 jadi kelam dan gelap!
black out! ah sudah! kenapa tiba2 jadi macam ni?
memang gelap sampai tak nampak apa.
ingat kan rumah yana je,
rupa2 nya rumah lain pun macam tu.

-berlilin malam tadi, ala2 candle light dinner you!-

suasana jadi gelap!
dalam gelap yana masih boleh online lagi tau.
yela, apa je yg boleh yana buat bila keadaan jadi gelap,sudah tentu tidur bukan perkara utama.
cuaca pulak lately ni agak panas, yana pun dah berpeluh2.

-sempat nak bermuka buku sebab nak udate status-

seperti apa yg yana nak cakap di atas, yana terfikir sesuatu tu, ingat tak?
kalaulah masa earth hour tu elektrik serata dunia dipadamkan secara automatik,
mesti berjaya kan? tapi gila ke kalau kat hospital gelap gelita,
mana nak rawat pesakit lagi, tak boleh bayangkan apa yg jadi kalau hal tu berlaku.

tapi yana kira dengan kejadian black out yg beraku di kawasan rumah yana,
tenaga haba dapat dikurangkan secara tidak langsung,
itulah yg yana nak cakap,
setiap yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi.

p/s : memang fav quotes yana
everything happen for reason