Tuesday, May 11, 2010

SEBUAH REALITI

salam semua...
ada sihatkah???
sudah makan???
what else???

alhamdulillah, yana masih berkesempatan berblog di sini
hari ini, jam ini. minit ini, saat ini...
pergh, cukup satu nafas!

di kala ini, yana sedang enak diulit angin yang dibawa oleh hujan lebat,
best ni kalau dapat tidur, betul tak?? setuju tak??

sudahlah, malas nak ngomel panjang2, let's the game begin!
salah, mari mulakan kata2 petang ini...

yana nak berbicara tentang sesuatu, bila tengok tajuk, dah dapat hint kan?
ianya mengenai sebuah realiti...
realiti kehidupan kini,
yang penuh dengan hiburan,
yana juga seorang yang sukakan hiburan,
tipulah kalau ada yang tak suka hiburan,
hiburan tu satu benda yang universal, so tak payah kita nak pertikaikannya,
terpulang pada setiaap individu untuk menilai...

dalam post kali ini yana nak cakap pasal sebuah rancangan realiti tv,
Mentor 4... percaya atau tak, yana tak berapa suka tengok Mentor,
tak kiralah Mentor 1 sampai Mentor 3,
tapi Mentor 4 mampu tarik minat yana...

mesti semua tertanya2, kenapa mesti Mentor 4?
jawapannya cuma 1, dengan adanya Joe Flizzow, yana terus setia depan tv last konsert hari tu...
yana ada sebab kenapa Joe Flizzow yang jadi penarik,
bukan yang lain...
tapi kenapa Joe? akan yana bicarakan di next post...
tunggu ye??

mengenai konsert pertama malam ahad hari tu, yana memang suka dengar suara mereka semua, sedap2 belaka kalau nak dibandingkan dengan 1 lagi rancangan realiti yang sedang bersiaran juga, agak2 idea rancangan tu yg basi buat yana malas nak tengok...
oooopsssssssssss..

berbalik dengan persembahan mereka malam tu, yana agak terkilan kerana markah yang peserta dapat tak setimpal dengan apa yang mereka dah buat,
dah tentu yang jadi juri punya kuasa veto ialah rakyat Malaysia sendiri...
haish, macam pengulas pulak ye??

tapi entahlah, begitulah adat rancangan realiti ye???
dari dulu memang macam tu, memilih atas dasar apa?
sendiri fikirlah, memang tak boleh ubah perspektif setiap individu kerana itu adalah hak mereka,
sekarang ni hanya mampu berdoa semoga yang layak dijulang menjadi juara...

p/s : jaga2 cik salmah, jaga2, bila yana dah stick depan tv

No comments: