salam.
apa khabar? dah dua hari tak update blog (tu pun nak kecoh an?). weekend macam ni kadang2 mengundang kebosanan kalau tak terisi dengan aktiviti yg menarik (siapa setuju angkat dagu). yana sedang menghadapi kebosanan, nak keluar tapi macam kekurangan duit (saya masih belajar). btw, entry kali ni, bukanlah nak cerita kebosanan hari minggu, tapi nak bercerita aktiviti yana minggu ni (aktiviti lasak, lasak ke?).
semalam dek kerana tidur selepas subuh, yana hanya terjaga pada pukul 1 tengah hari, tu pun lepas dikejutkan oleh akak yana yg nak yana teman dia ke Giant, Seksyen 13. katanya nak beli barang2, tapi last2 dia amek satu benda ni, nak tau apa??? polish kereta yg boleh remove scratch. oh, rupanya dia buat kete ayah calar! tau takut!
lepas beli polish tu, dia beli sponge! sah! membazir duit!!! pastu yana ajak dia polish kat car park stadium (Giant berdekatan dengan stadium). lepas hilang scratch tu (selamat hilang, kalau tak, dengar la ayah membebel), yana terfikir sesuatu! yana nak drive!!!
she said ok but better be careful, yana bukan pandai, ni bukan kereta viva abang, tapi ni kereta ayah!!! yana cakap it's ok, yana nak belajar gak (saya seorang yg degil). after that, yana memulakan misi, akak yana duduk sebelah.
ni kali ketiga yana belajar bawak kereta, nak amek lesen tapi....... masa mula2 belajar, yana bawak viva (it's manual), tak berat tapi neves punya pasal, tak sampai berapa km (dlm taman perumahan), yana stop, ada kereta kat belakang!
2nd time pulak, bawak kereta kembara maksu yana (auto). wahhh,, senang ye??? yana bawak pusing2 dalam taman perumahan, masih bergurukan kakak yana (dia agak garang!).
so ni la kali ketiga yana belajar bawak. after all senang jugak bawak manual ni. ada la 3 4 pusingan yana duk pusing2 kat car park tu. rasa tak sabar nak amek lesen, tapi bilaaaaaaaaaaaaa??? satu benda yg yana belajar hari ni, bawak kereta manual sangat lenguh! macam mana la yana nak bawak kalau masa tengah sesak.
-wah, ni langsung tak leh handle-
tak apa la, ada rezeki ada la kan??? mungkin belum masanya. btw, yana nak kongsi ni, yana tak suka nak bawak kereta dalam keadaan sesak! nanti kaki yana jadi pedal brek! kereta sesak, yana pun sesak jugak! takut dengan sikap pemandu kadang2. paling pantang bila pemandu tu tak bagi signal, kena dgn yana free2 je!
yana mcm terfikir, boleh tak kalau yana nak bawak kereta tapi nak keadaan sangat lengan, macam yana sorang je ada kereta, boleh??? (demand). jom ramai2 antar yana duk dalam hutan!
eh, dah la, malas nak membebel panjang2, doakan yana semoga dapat lesen dengan cepat ya...
p/s : drive carefully rakan2, don't be so reckless!
Blogger Templates
No comments:
Post a Comment