Tuesday, November 16, 2010

KASUT & PEREMPUAN

Nak pakai kasut cenggini???

Ada banyak jenis kasut sekarang ni, korang pilih???

Aku prefer heel, wedges dan sneakers. To be frank, aku bukanlah seorang yang addict kumpul kasut, tetapi keadaan memaksa bila terjadinya hal seperti, aku beli, aku pakai, aku letak dalam gobok kasut sampailah satu masa mama bising, banyak dah kasut! Jangan beli lagi!

Tapi bila aku imbas balik, aku rasa asal aku suka kasut tu, aku mesti nak beli, kalau ada duit lah, kalau tak aku duk diam2 je, tak banyak bunyik, aim je dulu. Apa makna ni??? Gedik ayaq kah??? Padanlah muka bila kasut tu menyakitkan kaki aku. Main nak beli je kan?

Bukan salah aku pun kalau kasut tu tak selesa. Mostly aku pakai dalam dua tiga kali, paling sekejap, sekali je aku pakai semuanya sebab kasut tu, bukan salah kaki aku yang besar gedebak macam gajah! =p
Setiap kali beli, tak kira apa jenis brand atau tak, mesti hal yang sama berlaku. Tak pernah selesa!

Mari tengok sebahagian kasut yang aku sempat punggah masa nak bagi orang/buang. Maklumlah, dah puas kena bising gobok kasut penuh! Baik, saya bagi orang sekarang jugak!!!!!


Sebahagian daripada kasut aku; 
proses bagi orang & simpan!


Ha, saat2 terakhir kasut/selipar sebelum ada 
yang nak dibagi pada orang.
Selipar buruk tak yah la kot bagi orang, terus tong sampah!


Antara heel & wedges yang aku ada,
yang warna purple aku dah buang. 


Dalam group ni, aku tak simpan,
kecuali si biru sebab ianya selesa! 
Ada bagi orang, ada buang.


Yang ni pulak, dua kasut hitam putih aku bagi orang,
yang lain simpan!


Muahahahahahha! Selipar aku! Semua ada lagi,
dua pink di depan simpan untuk anak2 angkat mama,
sebab aku tak muat, selipar tu kecik!!!


Ha!!! Ini! Walau seburuk mana dah kau jadi, 
aku tetap akan simpan! Chenta Hati beli masa 
aku nak daftar as pelajar Uitm Puncak Perdana!!!
Nak framekan gambar ni. Muaahahahahahahhahaa

Pasni aku nak beli kasut lagi. Macam dah aim jenis kasut yang harus aku dapatkan sekarang! Pastu kalau kena bising, aku buatlah jumble sale. Boleh dapat duit dan kumpul lagi!


Aku tengok macam comel je kasut ni,
masuk wishlist aku la.

Lately ni macam suka ankle boots/booties, camno nak cari niha!

Suede Stacked Wood Platform Booties (left side)


Pssssttt, sekarang sudah up! Tidak lagi down!
Terima kasih pada yang concern, sayang anda2!
Dalam sejarah hanya 3 baris ayat!

23 comments:

little cart00n said...

nk tgk koleksi kasut2 elie tak?
muahahhahhaa ;p

bidadarihijau said...

wahhh..gile punye banyak kasut yana...boots tu bh pun likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

SYAFIQA SHAFIE said...

dekat facebook banyak,.try lah search,.korean style byk booties,.

Aimi Amira said...

haa, banyaknya.
bagi kita lah sikit. skit ada 5 jenis kasut je.

liyana aziz said...
This comment has been removed by the author.
liyana aziz said...

@bidadarihijau
cantik kan??? ntah bila nak dapat.. haish, tak banyak sangat, cukup buat semak gobok.. kikikiki

liyana aziz said...

@SYAFIQA SHAFIE
yeke?? selama ni kalau kat FB tengok shawl ngan tudung je, jarang tengok shoes.. tq fyi..

liyana aziz said...

@Aimi Amira
kaki aimi kecik! kaki yana besar gedabak! mana muat! hahaahahhaha.. selipar pink tu muat la kot, tapi dah buruk, segan lak nak bagi.. =)

liyana aziz said...

@little cart00n
dah tengok sebahagian masa kat umah puncak.. muahahhahahaha.. ada lagi la tu kan kat umah umi?? wedges wedges wedges! lelong lelong kat ampang! muahahahahaha

Marya Hana . said...

kak yaya suke kasot!!
memang gile vavi punyeeeeee.

ubi said...

hohoho...mmg sinonim kasut dan perempuan kan..tambah lagi satu..
beg tangan yg besar..hehe

fatian athiea said...

katakan itu bukan ksut lu ye liyana.. byk sgt..
jeles2..

Sophie Al-yahya said...

mak aihhhh!!! banyaknyee kasut kamu...

liyana aziz said...

@Marya Hana .
wah, sampai cenggitu?? yana depends! muahahhahahaha.. rasa banyk duit, banyak la kasut.. kikikikiki

liyana aziz said...

@ubi
harusla, kasut, beg dan wanita x dapat dipisahkan.. bersedia tak??? =)

Amoi said...

aku suka flat shoes and sandal.

heels and wedges aku tak suke.

:DD

liyana aziz said...

@fatian athiea
percayalah, ni kasut wa!! muahahahahha.. banyak?? mana de! kompem ramai lagi wanita di luar yang banyak kasut lebih dari wa!

liyana aziz said...

@Sophie Al-yahya
tapi dah tinggal sikit sekarang, dah bagi orang dah dah dibuang.. ni gambar sebelum.. kikikiki

liyana aziz said...

@Amoi
flat shoes mostly bertutup, kaki besar gedebak, sumpah nanti sakit.. tu yang tak banyak flat shoes.. =)
sandal! the best choice ever!

hiro said...

leh pakai time banjir..hee

intanurulfateha said...

ade kasut size 5 x?
kasik kt sis lah :P

liyana aziz said...

@hiro
yang mana?? banyak ni.. muahahahahahaha

liyana aziz said...

@intanurulfateha
aiyak!! tade lah, sume saiz besar gedabak!! muahahahahha