Sunday, November 28, 2010

SIAPA CIKGU SHIDA?

[Scheduled Entry]

Sumpah sebelum ni aku tak kenal dia!

Gambar Hiasan

Aku rasa aku ada nampak kelibat nama Cikgu Shida kat satu blog, tapi aku tak amek port sebab aku tak kenal. Aku kalau orang yang aku tak kenal, aku memang tak kisah langsung unless aku kenal siapa dia. Masalahnya sekarang, aku rasa aku paling lembab sebab tak kenal dia. Orang lain sibuk pungpangpungpang pasal Cikgu Shida ni.

Korang kenal??? 
Google la nama dia, mesti berderet keluar pasal Cikgu Shida ni. 

Kredit ; Google

Ohoiiiii,,, rasanya panas Cikgu Shida ni. Rupanya Cikgu Shida buat video miming then upload dalam YouTube. Macam2 lagu tau. Aku tak berkesempatan nak tengok video2 lain. Aku tahu pun petang semalam, akak aku yang tunjuk video dia, miming lagu kalau berpacaran. Tipu la aku tak gelak, aku gelak suku video je.

Terdiam bila akak cakap dia cikgu. Loh, cikgu rupanya. Aku berfikir. Aku cuba nak tau dengan lebih lanjut. Kan dah cakap, kalau aku kenal senang la aku nak amek tahu pasal dia, kenapa dia popular, artis ke dia, atlet negara ke, cikgu harapan negara ke.

Wow, banyak pendapat pro & kontra tentang Cikgu Shida ni. Aku tak masuk mana2 hokey, aku cakap awal2! Tapi yang tak sedapnya, bila ada pro & kontra, mula la ada pertengkaran, bila ada pertengkaran, ada la maki hamun! Ni aku tak suka! 

Kat FB pun ada banyak page pasal Cikgu Shida ni. Biasalah, page FB ni tempat meluahkan perasaan rakyat tanah air tercinta aku. Aku amek yang boleh guna pakai. Pendapat yang aku rasa elok, jadikan pedoman, yang tak, aku jadikan pengajaran buat hari muka.

Biasalah, masing2 ada perspektif sendiri. Bagi aku??? Manusia mana yang sempurna, mari bilang sini! Tak ada kan??? Kesempurnaan milik Dia tapi sebagai umat Islam yang beragama, kita harus ingatlah hukum yang dah di tetapkan. Aku pun bukan lah baik sangat, cuma tak perlulah aku atau kita pertikaikan Cikgu Shida tu betul ke salah. Hey, siapa kita nak judge dia??? Biarlah Dia yang buat perhitungan. 

Kalau nak tegur apa yang salah pada Cikgu Shida tu, tegurlah, tapi tegur berlapik, tak elok aibkan orang. Semua orang ada maruah. Bagi yang membela bagai nak rak pulak, tak payah la nak betulkan apa yang salah, nak tegakkan apa yang betul sebab takut salah tafsiran, boleh terlajak jalan tau. *based on feed back tentang Cikgu Shida*

Come on lah Malaysian, jangan tarik2 rambut gaduh2 hokeyh??? Tak ke mana pun kalau kita gaduh2 ni, esok2 kat Padang Mahsyar kita kumpul sama2 jugak. Semua sama di sisiNya, tok sah la pungpang2 pasal orang yang kita sendiri pun tak kenal hati budi. Okay??? 

Maaf andai ada silap & salah. Kalau ada yang tersalah hurai, tegurlah ok??? Kalau ada yang terasa hati, mintak maaf. Diri ini tak lepas dari melakukan silap & salah. 

Sekian dulu berita dari LA *bukan Los Angeles, tapi Liyana Aziz*

Psssst, maaf tak dapat BW ke mana2 blog, 
currently off to Melaka. Doakan perjalanan aku ye?

14 comments:

CheQ PP JoY said...

tergelak-gelak tgk miming lagu kalau berpacaran..memang kelakar..rjin kot dia buat video mcm 2..=]

enyheartsdiamond said...

sangat setuju.. apa yg org ramai buat.. kutuk2 dia.. haishhh! biar kan je lah.. kalau tak suka.. tak payah tengok kan?

IN said...

tegelak jugak tengok video cikgu nih.. tapi yang tak beshnya, dia pakai baju melayu.. salah kan? erm..ambil yang elok je :)

Siti said...

oergh, insaf kejap baca entry kak yana ni.huhu. nasib baik akak kak yana tunjuk video tu.kalau tak, akak la paling lambat skali tau pasal dia nih..hehe,

eh eh nak buat apa gi melaka? nak kirim myvi sebijik! tenkiu :)

Siti said...

kak yana..cuba baca entry ni..kesian kat dia tau..

http://arenasiber.com/2010/11/28/rahsia-sebenar-cikgu-shida-terbongkar-kesiannya/

hope jadi iktibar kat semua orang k.. :)

Sophie Al-yahya said...

cikgu ni sangat berani kan?

ohya, pergilah terjah ayeem kalau nak buat banner =)

kata kila said...

haah.tegur cara elok.tu lah baru tegurrr

liyanaziz said...

@CheQ PP JoY
tula,, rajin kan?? yana pun malas.. =)

liyanaziz said...

@enyheartsdiamond
betul! x yah banyak bunyik tentang cik shida tu.. kesian dia.. mungkin ada hal sampai dia jadi macam tu..

liyanaziz said...

@IN
yup2,, menyerupai lelaki.. wallahualam.. doakan supaya dia sedar.. =)

liyanaziz said...

@Siti
hamboi, nak sebijik myvi?? akak pun x de lesen lagi apatah lagi nak beli kete.. hahahahah.. kak yana dah tgk.. kesian kan dia..

liyanaziz said...

@Sophie Al-yahya
ha'ah,, insyaAllah t nak terjah dia suruh buatkan.. hekhekhekhek..
sangat berani!!

liyanaziz said...

@kata kila
betul.. kalau dah nak cakap dia macam2 x baik lah kan..

EnnyAIN said...

enny 1 pamily pn tgk...
sakit prot2..
tak sangka cik shida tue cikgu...
rajin sguh bt video klip...