Monday, November 8, 2010

GADGET BARU

Yehaaa! Akhirnya! Kini pasti! *ikut lagu Kak Nita*

Cerita bermula begini. Hari Khamis minggu lepas. Sedang aku excited nak masukkan gambar dating dalam lappy, aku kecut dan pucat! Mana hilang folder Images & Lecture *kuliah punya hal*?? Punya rasa nak nangis tapi berlagak cool lagi.
Aku, "Ma, petang tadi mama main game kat lappy Ana ke?"
Mama, "A'ah, mama main game pastu nak bukak folder game, ada benda warna biru *perihal move2 folder*"
Aku pun laju je klik folder Game. Sah, ada dalam tu! Mama memang tak suka guna touchpad. Maklumlah, mouse aku yang pink tu dah rosak! Huwaaaaaaa! Baru guna berapa kali. So aku nekad! Aku mahu jugak beli external hard disk!

Kebetulan, IT Fair ada kat Stadium Malawati. Aku pun gerak ke sana dengan akak hari Ahad. Phewww, alhamdulillah tak berapa nak ramai. Mungkin sebab ada pasar tani, orang lebih prefer pasar tani *ada macam2 tau! besarrr punya pasar tani* Tercangak jugak la akak nak cari parking.

Bila dah masuk stadium tu, memang aku terus cari hard disk! Harga? Not bad! Tapi kalau boleh aku mahu cari lagi murah! Finally, aku pilih hard disk di booth yang keempat! Ada dua pilihan dan dua2 sangat cantik!

Samsung G2 Hard Disk 2.5" 500GB - Click Image to Close
Yang ni, uncle tu cakap susah nak bersihkan kalau berhabuk, 
sebab dia ada banyak hole, tapi cantik kan? 
Sangat girlish, blink2 okay! 

Aku pilih ini! Sebab apa?? Sebab dia best!!!

Aku nak warna pink! Tapi yang tu hanya ada 300GB.
Aku beli yang 640GB, kata uncle tu, ianya di upgrade. 
Apa2 lah, yang penting aku dapat!

Tadaaaaa~~~

Aku pilih putih bersih suci murni 
instead of red wine *di suggest uncle jugak*!
 Harga ni RM 2++ dan aku rasa sangat worth it!

Antara accessories yang ada, semua warna putih. 

After all, aku sangat puas hati sebab benda yang aku idam2kan akhirnya berjaya dimiliki. Alhamdulillah. Masa balik, sempat aku singgah satu booth, mata jadi rambang tengok beg2 lappy yang murah2. Aku pun pilih satu, beg yang lama dah koyak!

Macam backpack baby kan???

Lepas ni apa yang aku mengidam ek??? Hmmmm...

12 comments:

Marya Hana . said...

ok FINE. kak yaya igt yana beli pink tu.
kak yaya dah kenyit2 mate ngan external hard disk
puteh tu. tup2, yana beli puteh ke.
uwaaaaaaaa :"( kak yaya pon nak!

gadget2 memang suke bebeno kaler puteh.
disebabkan laptop akak nak beli aritu xde putih,
akak amek hitam je ah. tapi accessories len sume
puteh2 belaka.

little cart00n said...

habislah yana kalau da shoping..
sume bnda nk dibelinya!hahaah

btw...da beli hardisk, WELCOME TO THE CLUB!hahaha

p/s: pasni haruslah diuplod cite korea dalam hardisk tu..btul tak?hehehe

liyana aziz said...

@Marya Hana .
ikutkan memang nak warna pink tu, tapi x ada pulak.. so decide amek putih, jalan selamat utk x nampak calar balar!
muahahahahha.. xpe2, kak yaya beli yg blink2 tu, ada gak warna putih.. jangan sedih2.. heheheh

liyana aziz said...

@little cart00n
kasar bhai!! muahahahah.. tula kan elia, tengok printer la, camera la, seb baik la x banyak bajet.. huahuahuahau..

wah, siap ada warm welcome kan? tq makcik! elie upload kan, yana simpan save dalam hard disk yana.. hehehe

edaolala said...

lawanyaa hard disk tu. tapi kalau ada yang bunga2 dengan pink2 awww mesti comel habis kan hihihihi :p

Liyana Lunia. said...

nak jugakk nak jugakkk :( dr dulu nak beli external tapi asyik tak jadi sahaja :((

liyana aziz said...

@edaolala
ha'ah.. tapi x dela eda.. mencik! muahahahha.. x pela, x de rezeki.. suka pink jugak kan.. heheheh

liyana aziz said...

@Liyana Lunia.
tula, yana pun takes time nak beli benda ni.. hope kak ynn dapat beli pasni.. hehehe

lassiegewdix said...

syg !
HD kite same !
lassie beli kaler merah :)
merah itu hawt .
wah . dah murah dah sekarang ea ?
lassie beli 320Gb dlm RM150++
T_______________T


eh, tapi kan yunk .
pc lassie tak boley detect lerh HD ni . why ea???

liyana aziz said...

@lassiegewdix
yeke? that day uncle tu ada suggest gak, warna merah, nice,, tapi yana chose putih.. agak la, lagi2 beli kat IT Fair kan, murah..

rasanya something wrong dekat usb lappy kot??

fezaL Mohd said...

cntek beg tu !

liyana aziz said...

@fezaL Mohd
terima kasih!