Contest Kawaii (comel) ni aku tau dari Mommy Pinky. Contest yang sangat simple but reward dia sangat best! Apa lagi, boleh jenguk blogshop Mommy Pinky & her husband for further details!
Aku percaya ramai suka dengar muzik, maksud aku lagu dan aku hampir pasti korang akan pilih lagu yang liriknya berkaitan dengan hidup korang. Aku jugak macam tu. Banyak lagu aku suka sebab liriknya kena dengan batang hidung aku sendiri. Aku konfius nak pilih lagu apa *syarat suruh pilih lagu then tulis pasal lagu tu*.
Baca sambil dengar ek??? =)
Finally, aku decide lagu Pergi Selamanya dari Kamikaze. Lagu ni buat aku teringat kejadian 6 tahun lepas. Aku rasa macam mimpi, sampai sekarang masih segar bugar kenangan tu. Dahlah masa kedua raya, apa perasaan korang bila seronok2 nak raya esoknya, malam tu dikejutkan dengan korang kehilangan ahli keluarga??? Aku rasa macam mimpi, masa mama kejut aku yang tengah tidur, cakap orang yang aku sayang dah tak ada!!!
Arwah Thaqib, dua pupu aku. Aku suka dia, aku sayang dia sebab dia baik! Ya Allah! Sebak pulak aku rasa nak2 masa tengah tulis entry ni aku tengah dengar lagunya. Arwah excident malam raya kedua. Ada 4 kereta semua sekali, termasuk kereta abang aku. Alhamdulillah, abang aku selamat. Hanya kereta yang dinaiki arwah yang bergesel dan tercampak dalam longkang berdekatan dengan Hotel Hyatt Johor.
Gambar sehari sebelum arwah pergi.
Sampai sekarang aku takut naik kereta laju2, aku takut kalau kovoi dengan banyak2 kereta, aku sentiasa rasa tak selamat, macam kejadian tu sentiasa flashback walaupun aku tak ada masa kejadian tapi aku dapat bayangkan macam mana kereta Wira tercampak dalam longkang yang penuh dengan air! Arwah mesti sakit masa tu *terperosok bawah kerusi pemandu*. Kalau la ada masa yang panjang... Sampai sekarang jugak aku tak boleh lalu kat tempat kejadian, keluarga besar aku, semua macam fobia!
Esoknya, aku hanya mampu baca paper tentang berita tu, banyak nak2 dalam paper Metro edisi Johor sebab aku beraya di Penang. Aku tak sempat tengok muka dia, aku tak sempat nak iring dia untuk dikuburkan dan percaya atau tidak sampai sekarang aku tak pernah jenguk kubur dia. Aku tak rasa aku kuat. Hanya aku & Allah swt kenapa.
Aku sempat mimpi dia, dia pakai baju putih, dia senyum kat aku, dia bagi aku kotak kecil yang ada cincin plus satu surat. Aku tak sempat baca surat tu dan mimpi tu lenyap. Aku tak tau mungkinkah dia atau makhluk lain. Wallahualam.
Aku tak boleh tengok orang main skateboard, because its remind me of him. Dia sangat suka main skateboard, pernah pergi India untuk buat iklan and etc. Sampai sekarang jugak, kalau aku tengok orang main skateboard, aku tak pernah lupa tentang dia. Kalau dia ada sekarang, umur dia dah 22 tahun.
Ya Allah, aku cuma mampu berdoa dari jauh, walaupun susah untuk aku terima, walau aku rasa ianya macam mimpi, tapi siapa aku untuk mengahalang takdir yang telah tertulis. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah buat semua yang telah pergi dan kaum keluarga yang kembali ke rahmatullah,Psssst, ingatlah semua, daripadaNya kita datang
dan kepadaNya jua kita kembali.
dan kepadaNya jua kita kembali.
tak lupa arwah adik Kak Zana dan arwah Shamrin
dari kumpulan Fotograf.
TAG; BH, Ubi, PMO dan sesiapa yang nak join, silakan.
19 comments:
Sedihnya!! ;((
Al-Fatihah buat Thaqib..
TQ yana, join contest nih..gudluck dear..
tima kasehhhhh cik liyanaaaaa..hehe
takziah dan alfatihah buat sepupu lyana tu,doakan dia selalu bahagia disana,jgn sedih2..
my sis meninggal dipagi raya 17 tahun lalu,rindu sangat kat dia..
@Mommy Pinky, al-fatihah..
ur welcome! heheeheheh.. tq 4 the wish.. =)insyaAllah ada rezeki menang la.. =)
@ubi, sama2 encik ubi.. sila lah join! =)
@nadiah, al-fatihah.. takziah untuk kakak juga utk arwah kakak. tula, yana rindukan dia jugak.. sangat2!
sedihnyaa, ynn xdapat bayangkan mcm mana :(( now pun rasa nak meangis balik bila baca . alfatihah untuk arwah .
@Liyana Lunia. , ish.. jangan nangis!! nanti dakni pun akan mengalirkan air mata.. once dia mengalir dah x leh benti.. ={
salam takziah. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin
good luck :)
@Miza Yusof
amin. terima kasih! =)
al-fatihah
penah rasa kehilangan mcm ni..mmg sedih sgt2...alfatihah buat arwah
BH xsure cmmnt bh dah send ke x kt sini..hhooh
@bidadarihijau
dah send dah.. al-fatihah..
AL-FATIHAH KEPADA ARWAH ;( BE TOUGH DEAR :)
@faizziatul ikhmal
insyaAllah.. =)
salam takziah..
good luck untuk entri ni..
@khairolghani
terima kasih.. =)
ujian Allah dlm pelbagai betuk..
just be strong..
all the best..
Post a Comment