Entry mengenai luahan hati kecil pemilik blog. Tiada kena mengena dengan hidup ataupun yang telah pergi.
Aku terasa kosong. Semalam aku masih mencari, masih ada atau tidak iman dalam diri aku? Terima ke Dia iman yang ada ni, yang tak seberapa? Sebanyak mana aku beriman kepada Dia?
Aku yang terkadang lalai, takut dengan apa yang aku lalui. Apa yang aku baca dalam FB tentang HARI KEHANCURAN, hari perhitungan. Ya Allah, kerdilnya aku! Aku takut dengan azab yang bakal diterima.
Tebalnya kulit muka aku, nipisnya iman aku bila aku hanya mencari Dia bila aku dalam kesusahan. Apa yang mampu aku lakukan? Taubat? Sejauh mana taubat yang aku uar2kan itu kekal? Astagfirullah. Betul, aku tak layak untuk menikmati syurgaMu, tapi aku takut dicampak ke nerakaMu.
Aku mengucap syahadah, tetapi selalu lemas dalam duniawi!
Aku solat, tetapi apa guna jika aku tak khusyuk?
Aku berpuasa, tetapi apa guna jika tidak sempurna amalan2 wajib yang lain?
Zakat? Alhamdulillah.
Menunaikan haji? Entah bila aku akan jadi tetamu Allah?
Aku tidak beramal dengan rukun Islam dengan sempurna. Ye, aku bukan muslimah yang sejati. Aku tidak mampu jadi seperti Sumayyah, aku tak pantas jadi seperti Siti Aisyah, aku tak layak menjadi Siti Khadijah.
Kaabah kiblatku. Aku sayu, entah bila aku akan menjadi tetamu Allah. Layak ke aku jejakkan kaki ke sana? Masih bernafaskah aku untuk menunggu saat menjejakkan kaki ke sana? Impian aku, untuk menjadi tetamu Allah, cukuplah walau sekali, tapi berpeluang ke aku?
Mencari nur kasih
LIYANAZIZ (2009 - SEMESTER SATU)
Tergapai-gapai kelemasan saat tergelincir, mencari yang hakiki, meraba-raba dalam kegelapan mencari keredhaan;
Mentari yang menerangi, sungai yang mengalir, hujan yang menyimbah, bumi yang menghijau, langit yang berarak;
Ya! Itulah kekuasaanMu, mataku masih celik, mindaku masih waras, itulah keagunganMu;
Aku si kerdil menghadapMu, berinjak dari gelap ke terang, masih mencari cahaya itu, masih mengikut arah cahaya itu;
Wahai Tuhanku, berikan aku keredhaanMu, tunjukkan aku hidayahMu, agar aku terus di jalan lurus, agar aku tidak terus jatuh;
Sesungguhnya Kau maha pengampun, ampunilah aku seperti mana, Adam dan Hawa, sesungguhnya Kau maha pengasih, kasihilah aku seperti para kekasihMu;
Aku yang lalai dalam kehidupan, aku yang Kau murkai, kini ingin kembali, terimalah taubatku, Ya Rahman Ya Rahim;
Berilah aku ruang bernafas, berdiri sebagai muslimah yang sejati, yang punya harga diri, aku yang masih mencari, hingga saat Kau menjemputku.
Lagu ni, sangat bermakna pada aku. Bukan sikit2, tapi aku yakin lagu ni mampu jadi penguat untuk aku terus hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran & ujian dan sesungguhnya, ia datang dari Dia, aku pasti, Dia tidak mungkin memberatkan umatNya jika ia tidak mampu ditanggung oleh makhlukNya.
14 comments:
Allah itu maha Kuasa..
dia pasti mendengar setiap apa yg kita pohonkan..
i'allah..
sujud..doa dan tawakal saja kepada NYA :)
btw..nice written dear! :)
sama-sama laa kita memperingati..^^
@little cart00n
tq makcik.. =)
@Emilia Emira
insyaAllah =)
bersyukur masih diberi kesempatan utk berfikir sejenak~~
erm..sama2 lah kite berubah...
setiap manusia lakukan kesalahan, tapi keinginan utk berubah perlu ada..disusuli dgn memohon kepada Nya..
^_^
@bidadarihijau
tula, syukur alhamdulillah.. tapi nak berubah sepenuhnya takes time kan?
@ubi
betul tu pakcik ubi.. sama2 kita berubah.. insyaAllah.. =)
@BLADE EDGE
terima kasih daun keladi, kalau ada masa dtg lagi ye?
alhamdulillah kak yana tersedar sebelum telajak jauh.. tu tandanya Allah mahu kakak berubah. "jgn putus asa dan jgn bersangka buruk terhadap Allah." Itu pesan ustaz siti dulu. Kita tak tau macam mana Allah menilai diri kita. jgn berhenti berdoa ye kak. teringat macam mana siti dulu2. tapi itulah yg menyedarkan kite sbnrnye. ;)
p/s: oh ya, kak yana dapat award lg.harap sudi terima. =)
alhamdulillah,smuge ape yg di cari di perolehi..insyaAllah..sme2 la kte..
@Siti
tq so much for those words.. insyaAllah.. btw, tq siti!
@Anonymous
ehemmm.. macam kenal je spe yang komen ni walau anon.. hahahah.. tq wak
Terasa rindu pada Masjidil Haram itu.
Sayu rasanya.
Allah Maha Megetahui. Tersembunyi maupun jelas, terang dan nyata. Dialah Tuhan kita. Dia berkuasa memakbulkan doa anda, yana.
Andai Allah kata jadi, jadilah ia. Begitu jua sebaliknya.
Paling penting, kjangan terputus harap pada Allah. : )
Post a Comment