Tuesday, November 30, 2010

CONGRATS SAZZY & NAZRIL

~Mamarazi in The Room~


Tadi tengok E!News, katanya Sazzy Falak 
3 months pregnant and it's twin! 
Then terus ke fanpage dia kat FB. 
Wah, sangat excited semua fan Sazzy ni.
Aku salah seorang daripada mereka.
Tak sabar nak tunggu, mesti twin dia sangat comel kan?


See? Congrats!! 

Dah lama kan since their marriage so this is it, twin lagi. 
Alhamdulillah.

Pssst, cek suko la kalau kembaq!!!
 Nak baby kembaq jugok!

Monday, November 29, 2010

HEY YOU @#*&^$ FATSO!

~Marah ni! Jaga2 Cik Salmah, jaga2!~

Aku agak korang dah tau kan tentang apa based on tajuk aku letak??? Peringatan hokey, entry ni bukan ditujukan untuk semua lelaki berbadan besar cuma buat sorang lelaki badan besar yang tak reti guna cermin. Damn pathetic!

Tengah syok duk pungpang2 pasal lain, tiba2 isu ni jadi berbangkit. Aku yang dengar lagi la hangin kan. Bukan senang2 aku nak marah orang tapi kalau dah tahap melampau memang hampagas la! Eeeee! Ke laut ni kang budak ni! Macam nak bagi setepek kat muka lelaki gilo demands bajet bagus!

[START]

Kepada kau!!! Sini aku nak cakap!

Tak payah la nak bajet bagus sangat bang, nak suruh orang diet bagai. Meh nak habaq mai, awat??? Hang nak join jadi kurus jugak ka??? Nak turunkan lemak hang yang berkilo2 tu ka??? Kalau hang nak macam tu kan ka, baru suruh orang lain diet. Baru balance, tak ada la sorang besaq sorang kecik.

Berangan nak janda macam Nora Danish, bermimpi nak janda macam Maya Karin sedangkan Kuman tu sepuluh kali lebih handsome la dari kau! Tak payah la nak demands sangat abang oi, tak kemana pun kalau diri sendiri pun tak cukup makan pakai! *tak perlu la impikan Khadijah kalau diri tak sebaik Muhammad*

Huih, bukan takat tu, nak yang gaji besaq ka??? Awat, hang kerja apa??? Lawyer, engineer, majistret??? Kalau setakat makan pakai untuk hang sorang saja lepas, orang pun tak nak lepas anak kat hang la haih! Takut anak dpa perabih kat hang saja.  

[END]

Aku memang cukup pantang kalau ada lelaki badan besar tapi demands lebih nak yang perfect. Dah banyak kali aku cakap, tak semua perfect derr, agak2 la. Terima la apa yang dah ditentukan dengan rela hati, baik cakap alhamdulillah dari mengeluh. Kan lebih baik??? At least ada jugak orang care kat kau dari orang duk mengutuk kan??? 

To be frank, aku pun gemuk, hitam macam buntut kuali manis sweet sour je, tapi aku sedar diri sedar ruang, bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi aku sendiri lebih prefer lelaki badan besar ala2 Malek Noor Afdlin Shauki sebab aku rajin telek cermin sampai cikgu panggil aku budak cermin. Lagi satu, nanti tak adalah bila kau naik jongkang jongket gf kau tercampak kat angkasa lepas. 

Nak ke jadi macam ni??? Mana gf??? 
Dalam tasik, tercampak??

HEY FATSO! Jangan sampai aku belikan cermin tepek 
kat muka kau hokey!  
Psssttttttt! Kepada Chenta aku, terima kasih sebab kamu sanggup terima orang yang macam guni beras ni. Jangan risau, orang makan nasi sikit je walau badan macam guni beras <3

Sunday, November 28, 2010

SIAPA CIKGU SHIDA?

[Scheduled Entry]

Sumpah sebelum ni aku tak kenal dia!

Gambar Hiasan

Aku rasa aku ada nampak kelibat nama Cikgu Shida kat satu blog, tapi aku tak amek port sebab aku tak kenal. Aku kalau orang yang aku tak kenal, aku memang tak kisah langsung unless aku kenal siapa dia. Masalahnya sekarang, aku rasa aku paling lembab sebab tak kenal dia. Orang lain sibuk pungpangpungpang pasal Cikgu Shida ni.

Korang kenal??? 
Google la nama dia, mesti berderet keluar pasal Cikgu Shida ni. 

Kredit ; Google

Ohoiiiii,,, rasanya panas Cikgu Shida ni. Rupanya Cikgu Shida buat video miming then upload dalam YouTube. Macam2 lagu tau. Aku tak berkesempatan nak tengok video2 lain. Aku tahu pun petang semalam, akak aku yang tunjuk video dia, miming lagu kalau berpacaran. Tipu la aku tak gelak, aku gelak suku video je.

Terdiam bila akak cakap dia cikgu. Loh, cikgu rupanya. Aku berfikir. Aku cuba nak tau dengan lebih lanjut. Kan dah cakap, kalau aku kenal senang la aku nak amek tahu pasal dia, kenapa dia popular, artis ke dia, atlet negara ke, cikgu harapan negara ke.

Wow, banyak pendapat pro & kontra tentang Cikgu Shida ni. Aku tak masuk mana2 hokey, aku cakap awal2! Tapi yang tak sedapnya, bila ada pro & kontra, mula la ada pertengkaran, bila ada pertengkaran, ada la maki hamun! Ni aku tak suka! 

Kat FB pun ada banyak page pasal Cikgu Shida ni. Biasalah, page FB ni tempat meluahkan perasaan rakyat tanah air tercinta aku. Aku amek yang boleh guna pakai. Pendapat yang aku rasa elok, jadikan pedoman, yang tak, aku jadikan pengajaran buat hari muka.

Biasalah, masing2 ada perspektif sendiri. Bagi aku??? Manusia mana yang sempurna, mari bilang sini! Tak ada kan??? Kesempurnaan milik Dia tapi sebagai umat Islam yang beragama, kita harus ingatlah hukum yang dah di tetapkan. Aku pun bukan lah baik sangat, cuma tak perlulah aku atau kita pertikaikan Cikgu Shida tu betul ke salah. Hey, siapa kita nak judge dia??? Biarlah Dia yang buat perhitungan. 

Kalau nak tegur apa yang salah pada Cikgu Shida tu, tegurlah, tapi tegur berlapik, tak elok aibkan orang. Semua orang ada maruah. Bagi yang membela bagai nak rak pulak, tak payah la nak betulkan apa yang salah, nak tegakkan apa yang betul sebab takut salah tafsiran, boleh terlajak jalan tau. *based on feed back tentang Cikgu Shida*

Come on lah Malaysian, jangan tarik2 rambut gaduh2 hokeyh??? Tak ke mana pun kalau kita gaduh2 ni, esok2 kat Padang Mahsyar kita kumpul sama2 jugak. Semua sama di sisiNya, tok sah la pungpang2 pasal orang yang kita sendiri pun tak kenal hati budi. Okay??? 

Maaf andai ada silap & salah. Kalau ada yang tersalah hurai, tegurlah ok??? Kalau ada yang terasa hati, mintak maaf. Diri ini tak lepas dari melakukan silap & salah. 

Sekian dulu berita dari LA *bukan Los Angeles, tapi Liyana Aziz*

Psssst, maaf tak dapat BW ke mana2 blog, 
currently off to Melaka. Doakan perjalanan aku ye?

Saturday, November 27, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA

image

Dah lama fikir, nak join atau tak. Ok final decision, 
join jugak! Segmen ni dikendalikan oleh BA.
For futher details boleh klik kat bawah ni.


5 BUAH BLOG YANG AKU SUKA MASUK & BACA
PMOfficial ; antara blogger yang awal aku kenal. Blog dia??? Simple but nice. Isi blog??? Sangat padat! Bukan berkisar tentang dunia dia saja, tapi dunia sekeliling dan juga tentang alam yang kekal. Kadang2 buat aku berfikir. Sangat appreciate readers dia. 

Liyana Lunia. ; weewittt! Nama kita sama la Kak ynn! Suka blog dia sebab banyak tutorial! Bukan tutor je, tapi ada tips dan resipi!!! Aku tak pandai masak dan ada resipi Kak Ynn post dalam blog, cuma tinggal cuba nak masak je! Latest resipi sup! Penulisan Kak Ynn sangat bersahaja, rasa relax je bila baca. Opss, bukan saja jadi blog pilihan aku tapi tercalon untuk Blog Pilihan Malaysia! All the best!

INTANURULFATEHA ; kali ni blog Kak Intan! Mula2 jarang baca tapi aku jadi stick dengan blog dia sebab dia rajin update! Tak kisah la pasal personal ke apa ke. Oh, ada tutorial jugak! Kak Intan rajin join event yang melibatkan bloggers ni. Kagum! Entah bila dapat jumpa face to face.

Cik Leb, curik header yang comel ni! Maaf!

LeyPark cOrNer ; Cik Ailebiu! Suka dengan header Cik Leb yang ada R nak terjatuh. First impression sangat penting bagi sesebuah blog dan rasanya blog Cik Leb ada sesuatu yang boleh buat orang akan masuk balik blog dia. Cik Leb sangat uptodate tentang fashion! Suka! After all, dia sangat comel!

.Siti Safiyyah. ; Rasanya Siti lagi muda dari aku sebab dia panggail aku Kak Yana! Ececececehh! Suka la tu adik kecik! Lately ni sangat bersemangat update dia punya blog dan aku sangat kagum dengan dia. Siap bagi tips lagi! Aku pun tak rajin nak update macam dia. Blog dia jugak sangat simple. Nice!

Tak boleh tambah lagi ek Encik BA??? 
Heeeeeeeeeee~~~

Tentang segmen ni, aku tau dari blog Encik Ben sendiri. 

KIDS & BABY PHOTO CONTEST

Jannah! Rajin bebeno tag ye??? Terima kasih Jannah!


Nak join sekali tak??? Jom klik blog Kak Safiyyah!

syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya.
http://sweetlikekisses.blogspot.com
Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:).. DONE

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum. tidak boleh kurang.
dan bila anda telah tag anda mesti inform pada
kawan anda yang mereka telah ditag.:)

Elin Aziz
Kak Ana
Safiyyah
Makbed
Elie
D
Nadiah
Cik Shabah

DONE TAGGING!

3. letakkan banner contest di sidebar anda. DONE

4. anda mesti sertakan satu gambar.
tidak kisah gambar anda zaman baby,
zaman anda budak budak,
gambar adik anda, gambar anak anda,
gambar anak saudara anda.. DONE


Masa aku umur 6 tahun! Saloma wannabe!

5. hantar link entry anda didalam kotak komen
entry contest ini. DONE

6. mesti mulakan title entry dengan nama contest. DONE

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan
hadiah yang bakal diberi kepada pemenang. DONE

tarikh tutup sehingga 30 november 2010. tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)

hadiah yang bakal dimenangi ialah
earring dari lazo diamond jewellery.
white gold.

Friday, November 26, 2010

MANDI MALAM2, BEST OOO

Aku tak mandi lagi!

Ok fine, meh sini nak bagi tau, aku memang suka mandi malam2!
Sejuk! Tambah2 hujan hari ni! Pastu baru boleh nak jogging blogjog.

Lani tengah malaskan diri sambil tengok cerita Ishq!
Layan ooo hindustan malam2 cani.
Niat hati nak tengok cerita Korea,
 tapi sebab perang saudara sedang berlaku sibuk berblogging
dan tak mandi lagi, baik hold dulu. 

Motif entry ni??? Tak ada motif.

Bye! Nak mandi dulu, 
ada orang dah marahkan aku sebab suka mandi malam2!

Thursday, November 25, 2010

FIRST ATTEMPT ; FAILED

My first attempt's to cook! Done!

Sebenarnya tak plan pun nak masak. Maklumlah, tak pandai. Serius, so boleh dikatakan ni first attempt la. Tak masak yang berat2 pun, aku cuba masak lauk telur masak kicap! Entah sedap entah idak. 


Bahan2 yang dah siap dikisar,
 bawang merah & bawang putih. Beria nak masak kan. Hampeh!!! Apa2 pun tak get ready.


Aku pelik! Kenapa macam hangit je???
Rasanya dah masukkan minyak secukupnya.


Bila dah jadi cani, aku cuak!!! Last2 padam gas,
aku duduk kat dapur diam2.
Tengah fikir dan seterusnya buang dalam plastik sampah!!!


Bila aku prepare macam ni, mama masuk dapur.
"Eh, tak masak lagi???" Aku balas, "Tak la, belum lagi."
Ma, mintak ampun, tipu! Takut kena marah!


Aku sumbat bahan2 ni dalam pan.
Brand kegemaran ni. LOL


Mari mula memasak dengan cara yang betul!
Minyak ; Done!


Ni hasilnya bila dah masukkan bahan2.
Nampak much better kan???
 Masukkan bawang merah, bawang putih dan
 air putih, sos tomato plus kicap!


Jangan lupa garam!

Finally,,, tadaaaaaaaaaa!


Siap! Tak sabar nak tunggu reaksi famili.
Nak tahu apa rasanya. Aku nak makan?
Entahlah, tak rasa nak makan masakan sendiri.

Lagipun aku dah masak sesuatu!


Maggi perisa ayam. Aku jadi pelik.
Asal rasa maggi ni lain macam?


Ha, nilah puncanya! Aku dah cakap, aku tak hebat nak masak maggi! Dari dulu! Failed!

Okay, saat yang ditunggu2 bila akak aku makan. Aku tak cakap aku masak. Dia tanya, siapa masak, aku cakap mama. Aku dah berdebar nak tunggu reaksi dia. Aku ingatkan dia nak bagi compliment, sekali dia cakap masin da!!! Belum lagi ayah aku yang makan, mahu darah tinggi melambung2. 

Hmmm,,, tak apa lah, first time kot masak. Akan diperbaiki lagi. Chenta dah request kat aku suruh masak, mami dia pulak dah suruh aku masuk kelas memasak bersama mami Zaharah *mami Chenta*. Selamat tak reject!!! Liyana!!! Aja2 Fighting!! Fighting! *mood Full House*

ANNIVERSARY GIVEAWAY

Kena tag untuk join GA by Makbed & Kak Aida
GA ni anjuran Kak Ana Suzana.



Syarat2 nak join mudah je :

1. Keutamaan bg yg jd followers blog ana..
yg takde blog pun boleh gak jd follower,
just create google akaun je..

2. Copy paste entry ni balik dan Letak banner ni kat sidebar korang
bagi yg ada blog.. yg takde blog korang email je ye..

3. Tag 2 org kawan anda..

4. Yang dah join sila letak link kat komen ye..
utk ana buat terjahan..
 takyah wish apa2 pun.. nak wish pun leh gak.. kekeke..

5. Keputusan ana akan umumkan pada hari anniversary ana
pada 28 Nov nanti..

Hadiah2 yg di tawarkan :


Hadiah utama : Size P2-M

Hadiah Kedua : Size P2-M

Tarikh Tutup : 26 Nov ; 11.59 MALAM

TAG ; Kak Ana & Siti

IRAMA & HIDUP

I've been tagged by D & Jannah
You are required to answer each questions below by using the tiltle song . No matter how silly it sounds . When your done tag 20 people in this note , and makes sure to tag the person who send you this :')

1. If someone says, "is this okay? " you says
I Don't Wanna Know - Mario Winans

2. How you describe yourself ?
One in A Million - Bosson

3. What you like in guy/girl ?
I'll Be Your Crying Shoulder - GGD

4.How do you feel today ?
Time is Running Out - Muse

5. What is your life's purpose ?
SyurgaMu - Ungu

6. What's is your life motto ?
InsyaAllah - Maher Zain

7. What do you friend thinking of you ?
Graduation - Vitamin C

8. What do you think of your parents ?
My All - Mariah Carey

9. What do you think about very often ?
Final Goodbye - Rihanna

10. What is 2+2 ?
Lonely No More - Rob Thomas

11. What do you think of your bestfriend(s)
Teman Sejati - Brothers

12. What do you think about the person you like ?
Yang Sempurnakanku - 6ixth Sense

13. What is your life story ?
Drama, Love & Relationship - Babyface

14. What do you want to be when you grow up ?
Somewhere I Belong - Linkin Park

15. What do you think of when you see 
the person you like ?
You Took My Heart Away - MLTR

16. What will you dance to at your wedding ?
Sway - Michael Buble

17. What will they play at your funeral ?
The Sound of Silence - P. Saimon

18. What is your biggest fear ?
Pintu Rindu - CT

19. What is your biggest secret ?
Something Stupid - RW & NK

20. What will you post this as ?
Warisan Wanita Terakhir - Teacher's Pet


Passst, kena tag 20 org?? 
Banyak sangat, line lembab! Kalau sesiapa nak buat, sila la ek?

Wednesday, November 24, 2010

DIA LELAKI PSIKO

Psiko betul!!! Sanggup pukul anak dara orang kan??? Haish! Nauzubillah dapat boyfie macam tu! Boyfie psiko ni mungkin normal zaman sekarang ni tapi aku tak sangka boleh jadi pada kawan baik aku sendiri. Dah la dulu bukan main loving, aku betul2 tak expect benda ni jadi kat dia.

Aku tau pun semalam, tengok wall kawan aku tu, banyak duk bagi dia semangat, tapi aku tengok dia cakap tu yang dia nak, kebebasan. Aku pun dengan joyahnya bagi mesej kat FB, tanya apa yang jadi??? Kenapa clash bagai kan.

Dia pun cerita dia kena pukul sampai darah2 lebam2. Ya Allah, aku rasa macam tak percaya. Dia cakap lebih kurang setahun benda tu jadi, dia tak ada kekuatan nak tinggalkan boyfie dia sebab laki psiko tu duk ugut macam2, nak bunuh diri la, hape la. So dia amek risiko jugak sebab dah tak tahan, dia cakap apa nak jadi, jadi la. 

Aku tergamam. Sumpah, they such a loving couple. Aku fikir balik, kalau dah psiko, psiko jugak lah kan. Nasib baik lah tak ada apa2 ikatan lagi. Kalau tak, lagi parah ek??? Ingat anak dara orang tu tak ada mak bapak ke??? Senang2 nak pukul! Aku tak dapat bayangkan macam mana keadaan kawan aku yang kurus tu kena pukul. 

Aku cuma berharap kawan aku tu kuat dan tak ada apa2 yang jadi kat dia lepas ni. Maklumlah kan, manusia ni macam2 ragam, kalau dah psiko macam tu, tak mustahil dia boleh buat lagi teruk daripada pukul tu. Orang psiko macam ni lebih teruk dari binatang yang tak punya hati dan perasaan!

Refference ; Google

JOM EXCHANGE LINK!

All readers & followers. 


I would like to inform that I've published my 2nd blog which is for exchange link as well as my blog list. 


*tamat kelas bahasa omputih*
Actually aku tengah berusaha nak mempercepatkan proses loading page blog ni. Rasa macam lambat, aku tak tau la kalau broadband biru ni punya hal kan. Kalau korang bukak agak2 lambat tak??? Aku rasa macam lembab gila dia nak loading.

So aku harus kurangkan sesuatu. Aku dah tak ada blog list kalau korang perasan. Aku pindahkan semua dalam blog kedua aku which is aku buat special untuk exchange link!!! Suka kan??? Rajin2 kan lah diri korang nak submit link ek???

Ha,,, dah tambah menubar!
Tekan tab Exchange Link okay???

DUNIA BLOGGERS.
Tinggalkan link korang ek???

Ouh, pasal tukar template, aku kasi hold dulu. Lagi pun template ni baru pakai dan aku banyak main dengan coding & html, malas la pulak nak edit lagi kalau tukar template. Mahu makan masa dan aku sangat la tak nak luangkan masa buat semua tu sebab nak tengok cerita Korea pulak! Sekian.

Pssssttt, jangan lupa tau! Submit blog link korang ok.
Terima kasih atas kerjasama.

Tuesday, November 23, 2010

CARUT MENCARUT

Serius Shit!

Gilo lambat!!!! 
Hangin betul la!!!
 Boleh mendatangkan marah ni!
Buat hilang mood! 
Nak komen, nak jejalan, nak apa2 la!!
Shit shit shit!

Hampagas betul!

Monday, November 22, 2010

TEMPLATES

~Seperti mahu tukar templates lagi~

Oh, might take times to complete everything since nak ada menubar.
Menubar yang ada sekarang ni pun tak complete lagi, 
still in progress.

Menubar *dalam bulatan kuning*

Suka sangat cepat boring dengan  boyfie templates. 
Biasanya kalau nak edit2 html ni makan masa, 
dan aku akan pilih waktu tengah malam sampailah ke subuh hari.
Lama kan??? Ni semua sebab terpengaruh dengan akak.
Dia baru nak mula blogging, tengah cari2 template yang cantik,
so aku pun nak join sekaki. 
Tapi tapi dan tapi, rasa nak hold dulu.
Sekian.

Sunday, November 21, 2010

TERIMA KASIH

~Short & simple~

Nak sedih, nak meratap pun tak boleh nak buat apa2 dah. 
Tak ada rezeki nak dapat emas.
Terima kasih buat team sepak takraw, 
team beregu badminton = Triple K & TBH.
Walau hanya dapat perak, semangat korang sangat membanggakan!
Lee Chong Wei, Nicole & Azlan Iskandar, all the best!
Skuad boling jugak!

Saturday, November 20, 2010

SEPAK TAKRAW! GOLD MEDAL PLEASE!

Previous problem, done! Alhamdulillah

Ok, hari yang aku tunggu2 dah sampai, kemuncak sepak takraw!



Semoga mereka berjaya! Haish, awat berdebaq sangat ni??? 
Hoit coach Thailand, tak yah berlagak sangatlah!!!
Geram pulak aku baca paper Metro tadi, 
semoga dia tarik balik kata2 dia!

Abe Shahruddin, aja2 fighting!

 Aiyok, bukan untuk dia sorang tapi untuk team Malaysia!!!
Ok, mahu concentrate~~~

Current mood : neves!

VIOLATION??? QUIT BLOGGING LAH!

Mahu quit blogging laaaaaaaaaaa! Serius aku tak boleh handle hal macam ni? Apa yang aku tau??? Blogging pun sebab terpengaruh rakan sebaya, fun tapi bila hal cani jadi aku cannot go laa! Tolong explain kan hal ni boleh??? Tolong aku wahai blogger yang otai~~~ 

Kenapa aku???

Errrr,, bila klik certain2 blog, tak boleh then keluar benda cani? Aku tak tahu la kenapa??? Ada sapa2 boleh terangkan tak??? Serius aku blur! Bukan faham sangat bahasa kedua ni!!! Tengah blank! Ada tulis pasal violation, apa yang aku dah buat?????????????????????

Friday, November 19, 2010

PENGULAS SUKAN AMATUR

Pengulas sukan??? Hampeh! Tadi Aimi ada cadangkan untuk aku jadi pengulas sukan, mungkin satu hari nanti. Terima kasihlah Aimi bagi cadangan. Akan dipertimbangkan. =)

Dah berhari-hari aku duk depan tv semata2 untuk tengok Asian Games di Astro Arena, memang tak boleh miss. Dari masa kat Qatar lagi, 4 tahun lepas. Aku suka tengok sukan tapi aku jarang bersukan *sebab tu badan aku comel macam baby elephant*, tak suka outdoor activity tapi suka indoor macam boling! 

2 3 hari lepas, sepak takraw! Pergh, tak senang duduk! Nak2 masa lawan China, nasib baik menang! Lawan Jepun, adrenalin aku tak stabil. Tadi tadi dan tadi, lawan Korea. Mantap! Kuat gilo team Korea tapi rezeki buat team Malaysia.

So, all the best la untuk final! Lawan dengan Thai??? InsyaAllah boleh menang. Aku snap gambar saat terakhir Malaysia lawan Korea, video pun ada tapi tak payah la upload, aku terjerit2 macam org gilo!


Macam ada kat Guangzhou je aku rasa.


Ehem. Nama dia Shahruddin. *if i'm not mistaken*


Haish! Suko la tengok anda ni! =)

Tak sabar nak tunggu final game!
Mesti gempak gilo sebab lawan Thai kan.
Hope mereka dapatkan gold medal. Amin.

Opssss, aku pun bersukan tau tadi! Bukan sepak takraw, tapi aku main batu seremban! Gilo lama tak main batu seremban. Dulu masa sekolah lepas habis exam, mesti bawak batu seremban pergi sekolah, tak batu seremban main kad UNO dll. 


Batu seremban yang aku beli, RM1/pack. 
Boleh buat duit kan?

Tadi google, jumpa batu seremban yang cantik!
Nak beli rasanya tapi rm15, worth it ke???
My mum love it! Dia cakap cantik, siap suruh beli.

batu seremban - For Sale
Ha, cantikkan??? Siap ada bag lagi. Ada banyak choice. Klik!