"Batu belah batu bertangkup, tangkuplah aku, telanlah aku; aku kempunan telur Temakul."
Wah! Layan jugak cerita Batu Belah Batu Bertangkup kat astro prima walaupun ianya hanya sebuah karya dongengan. Mata menonton TV, hati aku tetap nak fikir sesuatu. Cerita ni ada pro & kontra dalam penyampaian ceritanya, dari segi garapan dan mesej yang cuba disampaikan. Setengah hati aku setuju dengan cerita ni, setengah lagi so-so. Kenapa?
Bab yang aku tak berapa nak suka ; relevan ke seorang ibu terasa hati sampai nak bunuh diri kerana mengidam? Ni menunjukkan betapa pincangnya pegangan si ibu. Memanglah hati terasa dan terluka dek perbuatan si anak, tapi seharusnya si ibu patut memikirkan apa lah sangat si anak yang masih kecil. Sepatutnya dia faham dan sebagai ibu haruslah sabar dalam mendidik dan menjaga anak.
Mesej yang tersurat ; anak2 yang makan tak ingat orang tua! Ni la padahnya! Padan lah muka si Melur dengan Pekan tu! Bila makan sepatutnya beringat, bila dah makan, dapat lah merasa daripada tidak, harus bersyukur, ingat org belakang.
Aku kira, zaman sekarang lagi mencabar buat ibu bapa, nak2 yang berkahwin muda, besar tanggungjawab dalam mendidik anak2, harus ada kesabaran yang tinggi. Anak itu anugerah paling berharga daripadaNya. Oleh yang demikian, didiklah mereka dengan sempurna, didiklah mereka dengan kesabaran, didiklah mereka dengan kasih sayang, didiklah mereka dengan tegas supaya di hari mendatang, mereka menjadi insan berguna.
Pssst, ada ciri2 pakar kaunseling tak??
Niat hati nak jadi pakar kaunseling setelah
tak berjaya mencapai cita2.
tak berjaya mencapai cita2.
8 comments:
ngeh3!layan cite dolu-dolu ke cik yana? =P
bersyukur sbb dapat umi yg sangat sangat kuat semangat dapat anak2 yg degil mcm kami.. hee~
psstt.. ade gaya la cam kaunselor.. boleh la panggil cik kaunselor pasni.. hiks
@cik shabah
ha'ah.. layan gak pagi tadi sebab x tau nak tengok cerita apa.. muahahahha
@Siti
tula, alhamdulillah dapat anak yang degil macam siti tapi very nice.. hahahah..
boleh, sila2 panggil akak macam tu.. hahahah
ermm..ciri2 juru kaunseling tu dah ada.. :)
@Mata Hati
terima kasih! =)
naseb baik mama tia tak camnih.
haha!
pakar kaunseling ? ade lah kot.
50-50
hikhik!
@tia
tau x pe, alhamdulillah kan sebab memahami dan sabar..
yes! almost tu tia!
Post a Comment